Thailand kesan kes pertama Omicron

December 6, 2021 · Dunia

Thailand hari ini merekodkan kes pertama kemungkinan varian Omicron, melibatkan seorang lelaki warga Amerika yang dalam perjalanan dari Sepanyol.

Ketua Pengarah Jabatan Sains Perubatan, Dr Suakit Sirilak memaklumkan lelaki berumur 35 tahun berkenaan disahkan positif pada 1 Disember lalu dan kini sedang menjalani rawatan di hospital.

Jelasnya, ujian saringan yang dijalankan ke atas lelaki itu menunjukkan 99.2 peratus positif untuk varian Omicron, namun lelaki itu akan menjalani ujian lain dengan lebih terperinci.

“Lelaki itu sudah mengambil tindakan berjaga-jaga, jadi tiada kontak rapat yang dikesan dengan kes itu. Bagaimanapun, terdapat hampir 19 orang termasuk kakitangan hotel dan lapangan terbang yang berhubung dengan beliau.

“Kini, pihak berkuasa kesihatan sedang menjalankan ujian lanjut terhadap mereka yang terlibat,” jelasnya pada sidang media hari ini.

Sementara itu, Dr Suakit turut menafikan laporan terdapat rakyat Afrika yang didapati positif varian baharu itu.

“Lelaki Afrika itu menjalani ujian saringan untuk varian Delta,” katanya.

Awal Disember lalu, Thailand turut mengenakan sekatan kepada kemasukan pelancong dari lapan negara Afrika akibat penemuan varian baharu itu.

Dalam tempoh 24 jam, Thailand mencatatkan lebih 4,000 kes baharu dan 22 kematian akibat jangkitan Covid-19, menjadikan kumulatif kes di negara itu mencecah hampir 2.1 juta dengan 20,966 korban sejak tahun lalu.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok