Tak perlu tunjuk bukti negatif Covid-19 apabila masuk Indonesia

May 18, 2022 · Dunia

Presiden Indonesia Joko Widodo mengumumkan pada Selasa (17 Mei) bahawa negara itu tidak lagi mewajibkan pelancong dari luar negara yang diberi vaksin untuk menunjukkan ujian negatif Covid-19 apabila memasuki negara itu.

“Pengembara domestik dan antarabangsa yang mendapat vaksin sepenuhnya tidak perlu lagi mengambil PCR (ujian tindak balas rantai polimerase) atau ujian swab antigen,” katanya dalam saluran YouTube Istana Presiden.

Indonesia telah menarik balik keperluan ujian untuk pengembara domestik yang divaksin sepenuhnya pada Mac tetapi pada masa itu masih memerlukan mereka yang tiba dari luar negara untuk mengambil ujian pra-berlepas Covid-19.

Bercakap pada sidang media berasingan, jurucakap pasukan petugas Covid-19 Indonesia, Wiku Adisasmito berkata dasar baharu itu akan berkuat kuasa hari ini (Rabu).

“Arahan itu akan dihuraikan dalam beberapa peraturan dan akan berkuat kuasa pada 18 Mei.

“Kami berharap dasar itu akan dilaksanakan dengan baik. Bagaimanapun, orang ramai dijangka terus berwaspada dan menyesuaikan diri dengan perubahan masa depan,” katanya.

Presiden berkata kerajaan Indonesia juga melonggarkan dasar untuk memakai pelitup muka.

“Jika orang ramai melakukan aktiviti di kawasan luar yang tidak sesak, mereka dibenarkan untuk tidak memakai pelitup muka. Bagaimanapun, untuk aktiviti dalaman dan pengangkutan awam, (orang ramai) masih perlu memakainya,” katanya.

Indonesia merekodkan antara 200 dan 400 kes harian Covid-19 baru-baru ini, jauh lebih sedikit berbanding pada kemuncak gelombang kedua pada Mac apabila ia mencatatkan lebih 50,000 kes sehari.

Lebih daripada enam juta penduduk Indonesia telah dijangkiti Covid-19 sejak wabak itu bermula, dengan 156,000 pesakittelah meninggal dunia.

Daripada 270 juta penduduk Indonesia, 166 juta orang telah diberi vaksin sepenuhnya. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Singapura wajibkan dos penggalak pelengkap vaksinasi mulai 1 Januari
December 3, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok