Swiss tak benarkan Denmark hantar Piranha III ke Ukraine

June 2, 2022 · Dunia

Kerajaan Switzerland menolak permohonan Denmark untuk menghantar kenderaan berperisai ciptaan Swiss ke Ukraine, sambil menjelaskan dasarnya yang tidak membekalkan senjata ke zon konflik.

Ini bukan kali pertama Switzerland menolak permohonan seperti itu, malah negara itu juga menghalang Jerman daripada membekalkan kereta kebal buatannya kepada Ukraine.

Sekretariat Negeri bagi Hal Ehwal Ekonomi (SECO) menolak tawaran Denmark untuk menyediakan kenderaan tempur infantri Piranha III ke Ukraine, kata SECO mengesahkan laporan oleh stesen penyiaran SRF.

Switzerland dengan dasar tidak memihak, memerlukan negara asing yang membeli senjata keluarannya untuk mendapatkan kebenaran sebelum mengeksport semula senjata itu ke negara lain.

Pada April Switzerland melarang eksport semula peluru buatan Switzerland yang digunakan dalam kereta kebal antipesawat yang dihantar Jerman ke Ukraine. Ia juga telah menolak permintaan Poland untuk senjatanya dihantar negara jiran Ukraine.

Jerman sebelum ini mengumumkan penghantaran pertama senjata beratnya ke Ukraine untuk membantunya menangkis serangan Russia berikutan tekanan berminggu-minggu di dalam dan luar negara untuk berbuat demikian.

SECO mengesahkan laporan bahawa Switzerland telah menghalang Jerman daripada menghantar peluru untuk kereta kebal Gepard ke Ukraine.

Sekretariat itu telah menerima dua permintaan daripada Jerman untuk memindahkan peluru ke Ukraine yang sebelum ini diterima daripada Switzerland.

“Kedua-dua permintaan oleh Jerman sama ada peluru yang diterima dari Switzerland mungkin dipindahkan ke Ukraine dijawab secara negatif dengan merujuk kepada sikap berkecuali Switzerland dan kriteria penolakan mandatori perundangan bahan perang Switzerland,” kata SECO.

SRF berkata adalah tidak jelas peluru mana yang dihantar Jerman ke Ukraine bersama-sama dengan Gepards, berikutan larangan Switzerland. – Agensi

Berita berkaitan
PRK: PN bawa misi teruskan momentum gelombang rakyat, PH-UMNO berdepan ujian
August 26, 2023· Politik
Kim Jong-un arah tentera siap sedia serangan nuklear ke atas AS
March 20, 2023· Dunia
Russia hantar Soyuz MS-23 untuk selamatkan kru terkandas di ISS
February 24, 2023· Dunia
Pengeboman, siren serangan udara permulaan tahun baharu Ukraine
January 2, 2023· Dunia
Popular
Pakar beri amaran gelombang ketiga Covid-19 di Indonesia
January 24, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok