Singapura catat 4,832 kes semalam

January 27, 2022 · Dunia

Sebanyak 4,832 jangkitan baharu Covid-19 dikesan di Singapura semalam, turut sedikit berbanding 5,996 kes yang direkodkan pada Selasa, menurut laman sesawang Kementerian Kesihatan (MOH) negara itu.

Jumlah kes positif baharu itu merangkumi 4,560 penularan tempatan dan 272 kes import, kata MOH.

Bagaimanapun, menurut MOH tiada kematian dilaporkan semalam. Jumlah kematian akibat kompikasi Covid-19 di Singapura setakat ini kekal pada 850 kes.

Menurut MOH kadar jangkitan mingguan turun daripada 2.68 pada Selasa kepada 2.50 semalam.

Menerusi pendekatan baharu MOH dalam membentangkan jumlah jangkitan Covid-19, kiraan kes harian termasuk bilangan kes Protokol 2 – mereka yang positif, tetapi sihat atau dinilai mempunyai gejala ringan.

Antara kes yang dilaporkan pada Rabu membabitkan, 2,996 jangkitan Protokol 2, terdiri daripada 13 kes import dan 2,983 kes tempatan.

Sebanyak 1,836 kes lagi disahkan melalui ujian PCR dengan 259 daripadanya kes import dan 1,577 jangkitan tempatan.

Sehingga semalam, Singapura merekodkan 327,602 kes Covid-19 sejak permulaan wabak itu.

Terdapat 580 pesakit di hospital, dengan 44 memerlukan oksigen, sementara 11 lagi dirawat di unit rawatan rapi.

Sehingga Selasa sebanyak 91 peratus daripada populasi Singapura yang layak telah lengkap divaksinasi, dengan kira-kira 56 peratus turut menerima suntikan dos penggalak. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Singapura wajibkan dos penggalak pelengkap vaksinasi mulai 1 Januari
December 3, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok