Selebriti media sosial Rusia bakal dipenjara selepas berbogel di Bali

May 8, 2022 · Dunia

Seorang selebriti media sosial warga Rusia berdepan hukuman penjara enam tahun selepas bergambar bogel semasa sesi fotografi di sebelah pokok suci di Bali, Indonesia.

Alina Fazleeva berkongsi hantaran tidak senonoh itu dalam akaun Instagramnya dengan gambarnya berdiri di sebelah pokok suci berusia 700 tahun.

Pokok tersebut dianggap suci bagi penganut agama Hindu di Bali.

Ekoran tindakan berkongsi gambar tersebut, Fazleeva boleh dijatuhkan hukuman penjara atas tuduhan pornografi selepas seorang usahawan Bali, Niluh Djelantik melihat hantaran gambar itu dan melaporkan kepada polis.

Ahli perniagaan itu bertindak membuat laporan polis kerana Fazleeva berbogel dan bergambar di sebelah pokok berusia ratusan tahun yang dianggap suci bagi penduduk tempatan dikenali sebagai kayu putih dan terletak di Kuil Babakan di Tabana.

Tindakan tersebut menimbulkan kekecohan dan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk tempatan dan kini pegawai imigresen sedang menjejaki selebriti media sosial tersebut.

Di bawah undang-undang ketat negeri itu, Fazleeva jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda £78,000 dan berdepan enam tahun penjara dibawah Akta Maklumat dan Transaksi Elektronik (ITE).

Fazleeva sudah memadamkan foto di Instagram selepas menerima bantahan penduduk tempatan dan membuat permohonan maaf dalam akaun Instagramnya.

Dalam video itu Fazleeva berkata: “Saya memohon maaf kepada semua orang Bali dan Indonesia, saya menyesali tindakan saya.

“Saya sangat malu, saya tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan awak dalam apa cara sekalipun, saya langsung tidak mengetahui tempat ini.”

Berita berkaitan
Naratif PAU bakal tertumpu untuk mensucikan DAP dan pertahankan Zahid
January 12, 2023· Politik
Rizab gas dimiliki Rusia selama 62 tahun
September 29, 2022· Dunia
Rusia kemaskini senarai nama sekatan, bekas PM Britain disenarai hitam
August 2, 2022· Dunia
AS umum bantuan keselamatan $270 juta kepada Ukraine
July 23, 2022· Dunia
Popular
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023
Bekas Putera Mahkota rancang huru-harakan Jordan
April 5, 2021
China guna ubat tradisional rawat Covid-19 di Shanghai
April 7, 2022
Lagi Dunia terkini
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023 · Dunia
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023 · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
12 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok