Salman Rushdie ditikam 10 kali

August 14, 2022 · Dunia

Penulis novel Salman Rushdie ditikam 10 kali ketika dia bersedia untuk berucap di Institusi Chautauqua di barat New York pada Jumaat, kata pendakwa ketika perbicaraan terhadap lelaki yang dituduh melakukan serangan itu.

Hadi Matar, seorang lelaki dari New Jersey berusia 24 tahun yang ditahan di tempat kejadian, hadir pada petang Sabtu (13 Ogos) di Mahkamah Daerah Chautauqua di Mayville, New York, untuk perbicaraan atas tuduhan cubaan membunuh kelas dua dan serangan dengan senjata.

Di mahkamah, pendakwa raya berkata serangan ke atas novelis itu telah dirancang dan disasarkan.

Matar mengembara dengan bas ke pusat intelektual di barat New York dan membeli pas yang membolehkannya menghadiri ceramah yang akan diberikan Rushdie pada Jumaat, menurut pihak pendakwa.

Peguam bela Nathaniel Barone, membuat pengakuan tidak bersalah bagi pihak Matar yang terus ditahan tanpa ikat jamin, dengan mahkamah menetapkan 19 Ogos untuk prosiding seterusnya.

Rushdie, yang telah menghabiskan beberapa dekad bersembunyi susulan ancaman Iran terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan, selepas menjalani pembedahan berjam-jam, menurut e-mel daripada ejennya, Andrew Wylie.

Wylie berkata pada Jumaat bahawa keadaan novelis itu “tidak baik.”

Rushdie mungkin kehilangan mata, hatinya telah rosak, dan saraf di lengannya terputus, katanya.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres terkejut dengan serangan ke atas novelis itu, yang beberapa dekad lalu menjadi simbol kebebasan bersuara dalam menghadapi penindasan.

“Tidak ada kes keganasan sebagai tindak balas kepada perkataan yang diucapkan atau ditulis oleh orang lain dalam melaksanakan kebebasan berpendapat dan bersuara,” kata Guterres dalam satu kenyataan.

Tetapi di Iran, musuh Rushdie bergembira. Muka depan Keyhan, sebuah akhbar yang diterbitkan di Teheran, pada Ahad mengatakan bahawa Rushdie telah mendapat “pembalasan ilahi”.

Novelis, yang dilahirkan dalam keluarga India Muslim, berdepan ancaman bunuh setelah novel keempatnya, “The Satanic Verses,” diteribtkan, yang menurut umat Islam mengandungi petikan menghina.

Novel itu telah diharamkan di banyak negara populasi Islam yang besar ketika penerbitannya pada 1988.

Setahun kemudian, Ayatollah Ruhollah Khomeini, pemimpin tertinggi Iran ketika itu, mengeluarkan fatwa, menyeru umat Islam membunuh novelis itu kerana menghina Islam.

Rushdie bersembunyi selama bertahun-tahun. Kerajaan Iran berkata pada 1998 ia tidak lagi menyokong fatwa itu, dan Rushdie telah hidup secara terbuka sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Berita berkaitan
Samakan diri dengan Mandela, Sanusi kata ‘kepala lutut hang’ kepada Anwar
October 7, 2023· Politik
Penulis ‘The Satanic Verses’ buta sebelah mata, saraf tangan putus
October 24, 2022· Dunia
Kenapa ramai sangat ikut PM ke New York dan berapa kosnya? soal Salahuddin
September 25, 2022· Politik
Penulis ‘The Satanic Verses’ ditikam
August 13, 2022· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok