Penulis ‘The Satanic Verses’ buta sebelah mata, saraf tangan putus

October 24, 2022 · Dunia

Penulis ‘The Satanic Verses’ Salman Rushdie hilang penglihatan sebelah mata dan hanya boleh menggunakan sebelah tangan, susulan serangan ke atasnya pada satu acara sastera di barat New York pada Ogos lalu, kata ejennya.

Andrew Wylie, yang mewakili penulis novel, dalam wawancara dengan akhbar Sepanyol El Pais menyifatkan tahap kecederaan yang dialami Rushdie dalam serangan agak teruk.

Wylie menyifatkan luka dialami agak dalam dan menyatakan kehilangan penglihatan sebelah mata.

“Dia mempunyai tiga luka serius di lehernya. Sebelah tangannya tidak berupaya kerana saraf di lengannya terputus. Dan dia mempunyai kira-kira 15 lagi luka di dada dan batang tubuhnya.”

Bagaimanapun Wylie tidak mendedahkan lokasi terkini di mana Salman berada.

Dalam kejadian 13 Ogos lalu, novelis kelahiran India berusia 75 tahun itu – yang diarah dibunuh oleh Iran pada 1989 kerana tulisannya – diserang di atas pentas dan mengalami kesan tikaman di leher, menurut Polis New York dan saksi.

Seorang lelaki bergegas ke pentas di Institusi Chautauqua di barat New York dan menyerang Rushdie ketika dia diperkenalkan untuk memberi ceramah mengenai kebebasan artistik, kata seorang saksi.

Novel itu, yang menghina kitab suci Al-Quran, telah diharamkan di banyak negara populasi Islam yang besar ketika penerbitannya pada 1988.

Setahun kemudian, Ayatollah Ruhollah Khomeini, pemimpin tertinggi Iran ketika itu, mengeluarkan fatwa, menyeru umat Islam membunuh novelis itu kerana menghina Islam.

Rushdie bersembunyi selama bertahun-tahun. Kerajaan Iran berkata pada 1998 ia tidak lagi menyokong fatwa itu, dan Rushdie telah hidup secara terbuka sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Organisasi Iran, bagaimanapun, telah mengumpulkan hadiah bernilai berjuta-juta dolar untuk pembunuhan Rushdie.

Dia menjadi warganegara AS pada 2016 dan tinggal di New York. Beliau telah mengkritik penindasan di negara asalnya India, termasuk di bawah kerajaan Hindu-nasionalis Perdana Menteri Narendra Modi. – Reuters

Berita berkaitan
Bajet 2024: Pemain industri perhotelan harap nilai ambang cukai SST dinaikkan
October 1, 2023· Isu semasa
Asyik diserang PH, Hamzah kata Sanusi pemimpin hebat
July 15, 2023· Politik
KJ pula akui ‘dilanyak’ UMNO
February 10, 2023· Politik
Mengapa UMNO dan Zahid tak berminat desak kerajaan tangkap Jho Low? soal Guan Eng
September 1, 2022· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok