Penulis ‘The Satanic Verses’ ditikam

August 13, 2022 · Dunia

Salman Rushdie, novelis kelahiran India yang diarah dibunuh oleh Iran pada 1989 kerana tulisannya, diserang di atas pentas pada satu acara di New York dan mengalami kesan tikaman di leher, menurut Polis New York dan saksi.

Seorang lelaki bergegas ke pentas di Institusi Chautauqua di barat New York dan menyerang Rushdie ketika dia diperkenalkan untuk memberi ceramah mengenai kebebasan artistik, kata seorang saksi.

“Salman berkemungkinan akan kehilangan sebelah mata. Saraf lengannya terputus dan hatinya ditikam dan rosak,” kata ejennya, Andrew Wylie.

Trooper New York yang hadir pada acara itu telah menahan penyerang berkenaan, kata polis.

Rushdie dibawa dengan helikopter ke hospital tetapi keadaannya belum diketahui, kata polis tanpa memberikan motif serangan itu.

Rushdie jatuh ke lantai apabila lelaki itu menyerangnya, dan kemudian dikelilingi oleh sekumpulan kecil orang yang mengangkatnya, sebelum penyerang itu ditahan, menurut saksi yang menghadiri acara itu.

“Kami sedang berhadapan dengan situasi kecemasan,” kata jurucakap Institusi Chautauqua ketika dihubungi Reuters.

Novelis, yang dilahirkan dalam keluarga India Muslim, berdepan ancaman bunuh setelah novel keempatnya, “The Satanic Verses,” diteribtkan, yang menurut umat Islam mengandungi petikan menghina.

Novel itu telah diharamkan di banyak negara populasi Islam yang besar ketika penerbitannya pada 1988.

Setahun kemudian, Ayatollah Ruhollah Khomeini, pemimpin tertinggi Iran ketika itu, mengeluarkan fatwa, menyeru umat Islam membunuh novelis itu kerana menghina Islam.

Rushdie bersembunyi selama bertahun-tahun. Kerajaan Iran berkata pada 1998 ia tidak lagi menyokong fatwa itu, dan Rushdie telah hidup secara terbuka sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Organisasi Iran, bagaimanapun, telah mengumpulkan hadiah bernilai berjuta-juta dolar untuk pembunuhan Rushdie.

Rushdie berada di Institusi Chautauqua untuk mengambil bahagian dalam perbincangan berkenaan Amerika Syarikat (AS) bertindak sebagai pemberi suaka kepada penulis serta artis dalam buangan dan “sebagai rumah untuk kebebasan ekspresi kreatif,” menurut laman web institusi itu.

Dia menjadi warganegara AS pada 2016 dan tinggal di New York. Beliau telah mengkritik penindasan di negara asalnya India, termasuk di bawah kerajaan Hindu-nasionalis Perdana Menteri Narendra Modi.

Agensi Wylie, yang mewakili Rushdie, tidak menjawab permintaan untuk komen.

PEN America, sebuah kumpulan advokasi untuk kebebasan bersuara di mana Rushdie adalah bekas presiden, berkata mereka “terkejut dan seram” mengenai apa yang dipanggil serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas seorang penulis di AS.

“Salman Rushdie telah menjadi sasaran kerana kata-katanya selama beberapa dekad tetapi dia tidak pernah goyah,” kata Suzanne Nossel, Ketua Eksekutif PEN, dalam kenyataan itu.

Pada awal pagi, Rushdie telah menghantar e-mel kepadanya untuk membantu menempatkan semula penulis Ukraine yang mencari perlindungan, kata Nossel.

Senator AS Chuck Schumer dari New York menyebut tindakan itu sebagai “serangan terhadap kebebasan bersuara dan berfikir.”

Berita berkaitan
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
5 jam lalu· Politik
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
21 jam lalu· Isu semasa
Polis ambil keterangan MP DAP tafsir al-Quran pada Selasa
September 25, 2023· Politik
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023· Isu semasa
Popular
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023
Jepun labur lagi AS$25 bilion tangani kadar kelahiran rendah
June 14, 2023
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023
Lagi Dunia terkini
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023 · Dunia
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
24 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok