Salji tebal, Greece lumpuh

January 25, 2022 · Dunia

Salji tebal menyelimuti Greece – dari bukit Acropolis di Athens ke pulau-pulau di selatan, mengganggu lalu lintas udara, menghentikan pengangkutan dan program vaksinasi Covid-19 selain memaksa sekolah ditutup.

Ketika ribut, Elpida, melanda Greece, pantai Athens diselimuti salji selain menyebabkan perkhidmatan kereta api dan bas di ibu negara digantung.

“Kami sudah berada di sini selama tiga jam,” kata Theodoris Petrou, berdiri di tepi keretanya.

“Pada mulanya tidak banyak salji, hanya terdapat kira-kira 2cm di atas jalan, tetapi semakin lama keadaan semakin buruk.”

Salji lebat jarang berlaku di Athens, yang telah dilanda ribut salji untuk tahun kedua berturut-turut.

Pihak berkuasa berkata musim sejuk dijangka berterusan sehingga Rabu dan cuaca lebih ekstrem diramalkan pada Selasa.

“Saya ulangi, esok akan menjadi hari yang sukar,” kata Christos Stylianides, menteri krisis iklim dan perlindungan awam Greece, sambil menggesa rakyat mengelak perjalanan yang tidak penting.

Syarikat penerbangan Greece Aegean Airlines membatalkan semua, kecuali lima penerbangan pada Isnin dan berkata mereka menjangkakan jadual akan terganggu pada Selasa dan mungkin juga pada Rabu.

Kemudahan vaksinasi Covid-19 di wilayah Athens dan di Pulau Evia yang berdekatan ditutup, kata pegawai kesihatan.

Banyak sekolah ditutup dan pelajar beralih kepada pembelajaran jarak jauh. – Agensi

Berita berkaitan
19 pendaki maut, 10 hilang runtuhan salji di pergunungan Himalaya
October 7, 2022· Dunia
Pesawat kargo Ukraine terhempas di Greece
July 17, 2022· Dunia
Lebih 1,400 penerbangan di AS batal akibat ribut salji mengganas
January 31, 2022· Dunia
Ribut musim sejuk landa timur laut AS, ribuan penerbangan dibatal
January 30, 2022· Dunia
Popular
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok