Pesawat kargo Ukraine terhempas di Greece

July 17, 2022 · Dunia

Sebuah pesawat kargo Ukraine yang membawa lapan anak kapal dilaporkan terhempas berhampiran bandar Kavala di utara Greece pada petang Sabtu, menurut Xinhua.

Sebelum terhempas pesawat Antonov An-12 yang dalam penerbangan dari Serbia ke Jordan itu meminta kebenaran untuk pendaratan cemas dan memaklumkan pihak berkuasa Greece mengenai masalah enjin, lapor penyiar ERT, memetik sumber Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Greece menurut laporan Bernama.

Menurut saksi kejadian pesawat itu terbakar dan terhempas di ladang jagung disusuli letupan kuat.

Operasi menyelamat masih berjalan. Maklumat awal menyatakan pesawat itu membawa 12 tan kargo termasuk peluru namun, ia masih belum dapat disahkan.

Susulan itu beberapa kawasan berhampiran lokasi kejadian mengalami gangguan bekalan elektrik kerana pesawat berkenaan dikatakan turut melanggar kabel elektrik.

Berita berkaitan
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
Biden umum bantuan senjata terbesar ke Ukraine
August 9, 2022· Dunia
AS umum bantuan keselamatan $270 juta kepada Ukraine
July 23, 2022· Dunia
Dewan Rakyat rakam ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa MH17
July 18, 2022· Isu semasa
Popular
Bekas Presiden Pakistan meninggal
February 5, 2023
China lancar modul kedua stesen angkasa lepas
July 24, 2022
Komander Al-Qassam Gaza terbunuh sudah lama tunggu syahid
May 13, 2021
Lagi Dunia terkini
Bekas Presiden Pakistan meninggal
11 jam lalu · Dunia
Tiga tahun berlalu tapi Covid-19 masih kekal kecemasan global
January 31, 2023 · Dunia
Timbalan Presiden, bekas Presiden Paraguay dikenakan sekatan AS akibat rasuah
January 27, 2023 · Dunia
Tahun baharu bawa gelombang pembunuhan mengerikan di AS
January 25, 2023 · Dunia
Lagi kejadian tembakan di AS: Tujuh pekerja ladang Asia dibunuh
January 24, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok