19 pendaki maut, 10 hilang runtuhan salji di pergunungan Himalaya

October 7, 2022 · Dunia

Jumlah pendaki yang maut akibat runtuhan salji di Himalaya, India meningkat kepada 19 orang, dengan 10 anggota ekspedisi yang lain masih hilang, kata pihak berkuasa hari ini (7 Oktober 2022).

Beberapa dozen pelatih pendakian terperangkap dalam gelongsor salji pagi Selasa lalu berhampiran puncak Gunung Draupadi ka Danda-II di negeri utara Uttarakhand, dengan cuaca buruk menghalang usaha mencari dan menyelamat yang memasuki hari keempat.

“Sebanyak 19 mayat pendaki telah ditemui, manakala 10 lagi masih hilang,” kata jurucakap agensi bencana India Ridhim Aggarwal kepada AFP.

“Operasi menyelamat disambung semula untuk hari ini tetapi tertakluk kepada cuaca.”

Setakat ini, 32 pendaki telah diselamatkan daripada lokasi runtuhan salji, sekitar 16,000 kaki dari paras laut, dan polis berkata lima sedang dirawat di sebuah hospital daerah di Uttarkashi.

Sebuah lokasi pendaratan helikopter disediakan berhampiran tapak runtuhan salji pada ketinggian 4,900 meter dari paras laut, kata Polis Sempadan Indo-Tibet pada Khamis.

Ketua Menteri Uttarakhand, Pushkar Singh Dhami mengesahkan di Twitter bahawa pendaki negara Savita Kanswal, yang telah mendaki Everest awal tahun ini, adalah antara yang maut dalam runtuhan itu.

Kanswal adalah seorang pengajar dengan ekspedisi itu dan telah dipuji oleh komuniti pendaki kerana mendaki puncak tertinggi di dunia dan berdekatan Makalu dalam hanya 16 hari – rekod bagi wanita. – Agensi

Berita berkaitan
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Sanusi dirakam keterangan polis lagi berhubung ceramah PRK Pelangai
October 10, 2023· Politik
Popular
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok