Russia gempur Ukraine guna peluru berpandu jelajah berketepatan tinggi

March 27, 2022 · Dunia

Russia menyerang sasaran tentera di bandar Lviv, barat Ukraine menggunakan peluru berpandu jelajah berketepatan tinggi, kata Kementerian Pertahanan Russia pada Ahad (27 Mac).

Serangan itu yang menggunakan peluru berpandu jarak jauh dan peluru berpandu jelajah, dilakukan terhadap depot simpanan bahan api yang digunakan tentera Ukraine berhampiran Lviv untuk membaiki sistem anti-pesawat, stesen radar dan kereta kebal, kata kementerian itu.

“Angkatan tentera Persekutuan Russia meneruskan tindakan ofensif sebagai sebahagian daripada operasi ketenteraan khas,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Kementerian menunjukkan video serangan peluru berpandu di Lviv.

Pegawai di Lviv, hanya 60 kilometer dari sempadan dengan anggota NATO Poland, berkata beberapa individu cedera dalam serangan peluru berpandu itu.

Russia menggunakan peluru berpandu jarak jauh yang ditembak dari laut untuk memusnahkan peluru berpandu S-300 dan sistem peluru berpandu antipesawat BUK berhampiran Kyiv, kata kementerian itu.

Tentera Russia juga memusnahkan beberapa dron, katanya.

Penasihat Kementerian Dalam Negeri Ukraine Vadym Denysenko berkata Russia sedang membawa pasukan ke sempadan Ukraine secara bergilir-gilir, dan akan membuat percubaan baharu menceroboh Ukraine.

Sementara itu, pemerintah Republik Rakyat Lugansk di timur Ukraine yang disokong Russia akan mengadakan referendum tidak lama lagi untuk menyertai Persekutuan Russia, media republik itu memetik pemimpin pemisah tempatan Leonid Pasechnik sebagai berkata pada Ahad.

“Saya fikir dalam masa terdekat satu referendum akan diadakan di wilayah republik itu. Rakyat akan menggunakan hak perlembagaan muktamad mereka dan menyatakan pendapat untuk menyertai Persekutuan Russia,” kata Pasechnik.

Russia bulan lalu mengiktiraf Lugansk dan Donetsk sebagai republik bebas dan mengarahkan apa yang dipanggil operasi pengaman di wilayah itu tidak lama kemudian.

Menurut ketua perisikan tentera Ukraine, Russia cuba memecahkan Ukraine kepada dua untuk mewujudkan wilayah yang dikuasai Moscow selepas gagal mengambil alih seluruh negara. – Agensi

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Kolestrol saya tinggi, kata Rafizi selepas keluar wad
October 30, 2023· Politik
Enam serangan terancang gegar tiga wilayah Selatan Thai malam tadi
April 15, 2023· Dunia
Adakah jika bukan Najib maka hakim, mahkamah akan dikritik?
April 7, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok