Rakyat Brazil berdemonstrasi desak Presiden letak jawatan

October 3, 2021 · Dunia

Puluhan ribu rakyat Brazil sekali lagi turun ke jalanan di seluruh negara itu bagi mendesak pengunduran Presidennya, Jair Bolsonaro kerana dituduh gagal menguruskan wabak Covid-19.

Orang ramai berhimpun di Rio de Janeiro, Sao Paulo, Brasilia dan puluhan bandar serta pekan sebagai sebahagian daripada ‘Kempen Kebangsaan Singkirkan Bolsonaro’.

Kempen itu turut memperoleh sokongan dari puluhan pemimpin politik sayap kiri dan kumpulan buruh.

Selain itu, Presiden sayap kiri itu dikecam hebat kerana tidak dapat menguruskan penularan wabak apabila hampir 600,000 nyawa terkorban.

Ratusan penunjuk perasaan melakukan demonstrasi di sepanjang jalan sekitar Candelaria, di Rio de Janeiro tengah sambil menjerit ‘Bolsonaro out’ dan beberapa sepanduk besar yang tertera perkataan itu.

“Kami akan mengheretnya keluar. Penunjuk perasaan di jalanan berharap tindakan ini dapat memberi tekanan kepada penggubal undang-undang supaya dia boleh disingkirkan,” kata pesara Profesor, Elizabeth Simoes.

Terdapat lebih 100 permohonan untuk membuang Bolsonaro diserahkan kepada Dewan Rakyat akan tetapi, ketuanya, Arthur Lira seorang sekutu kerajaan enggan menerimanya.

Selain itu, Mahkamah Tinggi turut mengarahkan beberapa siasatan lanjut terhadap Bolsonaro dan pembantunya, membabitkan penyebaran maklumat palsu.

Manakala, di San Paulo, puluhan ribu penunjuk perasaan termasuk bekas Menteri Kabinet, Ciro Gomes, turut berhimpun sejak tengah hari semalam di tengah bandar Paulista Avenue.

“Bolsonaro sedang memusnahkan ekonomi negara. Beliau cuma memalukan nama Brazil di luar negara dan tidak bertangungjawab atas kematian lebih 600,000 rakyatnya akibat jangkitan Covid-19,” jelasnya.

Sementera itu, terdapat juga ratusan penunjuk perasaan berkumpul di sepanjang Esplanade of Ministires di Brasilia, dimana terletaknya pusat pentadbiran dan bangunan pejabat menteri.

Melalui laporan media tempatan, demonstrasi ini dilaksanakan di 24 daripada 27 wilayah di Brazil dan 84 bandar melibatkan 14 ibu negeri.

Berita berkaitan
Pele legenda bola sepak dunia
December 30, 2022· Dunia
Kumpulan Baju Merah beri amaran kepada Zahid
November 21, 2022· Politik
Polis akan panggil 13 individu demonstrasi kapal tempur LCS
August 14, 2022· Isu semasa
‘Flashmob’ barang naik: Polis soal siasat Mat Sabu
July 20, 2022· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok