Polis akan panggil 13 individu demonstrasi kapal tempur LCS

August 14, 2022 · Isu semasa

Polis akan memanggil 13 individu bagi memberi keterangan berhubung perhimpunan ‘Mana Kapal Tempur Pesisir (LCS)’ yang diadakan di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata ia susulan kertas siasatan yang dibuka berkaitan perhimpunan berkenaan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana mengadakan perhimpunan tanpa notis.

“Kita (polis) mendapati lebih kurang 60 individu terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mahasiswa, ahli parti politik serta beberapa individu yang dikenal pasti dan belum dikenal pasti telah berhimpun di kawasan terbabit.

“”Sehingga kini, kita membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata individu berkenaan telah mengadakan perhimpunan sambil memegang beberapa plakad dan kain rentang bertulis antaranya ‘Keselamatan Negara Terancam Kesiagaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Terjejas’, ‘H20 Letak Jawatan’ dan ‘Siasat Di Mana Kapal’.

Perhimpunan yang bermula pada 2 petang itu berlangsung secara aman dengan kehadiran kira-kira 100 anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi mengawal situasi serta lalu lintas di lokasi terbabit dan semua yang hadir beredar sejam kemudian.

Selain beberapa pemimpin parti politik, turut serta angota badan bukan kerajaan (NGO), mahasiswa dan badan peguam yang turut menyampaikan ucapan dan gesaan masing-masing.

Himpunan berlangsung aman dengan dipantau ketat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan lebih 100 pegawai dan anggota ditugaskan melakukan tugas kawalan dan pemantauan di lokasi.

Antara pemimpin parti politik yang hadir termasuk Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad; Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH), Abbas Azmi.

Himpunan turut disertai Ketua Pemuda DAP, Howard Lee Chuan How; peguam dan aktivis, Siti Kassim serta wakil daripada NGO iaitu Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) serta Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).

Sementara itu, Naib Presiden MUDA, Amir Abd Hadi menegaskan himpunan ini membuktikan rakyat boleh bersuara melalui sistem demokrasi di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

“Rakyat boleh bersuara apabila ada kerajaan atau pimpinan melakukan perkara salah yang kita rasakan berlaku ketirisan, kita boleh suarakan,” ujarnya.

“Himpunan ini sebagai satu cara untuk menyampaikan mesej kepada kerajaan bahawa rakyat mempunyai hak untuk bersuara sekiranya ada berlaku penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan,” katanya.

Berita berkaitan
Surat tuntutan daripada peguam Latiff dihantar kepada juruaudit projek LCS
September 9, 2022· Isu semasa
SPRM masih siasat dakwaan penglibatan bekas Timbalan Menteri dalam skandal LCS
September 9, 2022· Isu semasa
Telefon Rafizi dirampas semasa memberi keterangan polis
September 3, 2022· Isu semasa
Rafizi beritahu dipanggil polis bantu siasatan skandal LCS
September 3, 2022· Isu semasa
Popular
Dua PPS banjir dibuka di Klang, paras air 2 daerah berjaga-jaga
September 28, 2022
Semakan kes SRC Najib: Shafee tulis surat minta perbicaraan dipercepat
September 28, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Buruh binaan maut runtuhan konkrit tingkat 51 Oxley Tower
September 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ternak babi terbuka punca sumber air, pantai di Kuala Langat tercemar
7 minit lalu · Isu semasa
Cuepacs bantah tubuh Agensi Kawalan Sempadan: Adnan
30 minit lalu · Isu semasa
Maybank tukar SMS OTP kepada Secure2u menjelang Jun 2023
2 jam lalu · Isu semasa
Semakan kes SRC Najib: Shafee tulis surat minta perbicaraan dipercepat
2 jam lalu · Isu semasa
Dua PPS banjir dibuka di Klang, paras air 2 daerah berjaga-jaga
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
18 jam lalu
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok