Putin harap perjanjian diplomatik dengan Ukraine tercapai

April 27, 2022 · Dunia

Presiden Rusia Vladimir Putin pada Selasa berkata beliau berharap perjanjian diplomatik dengan Ukraine dapat dicapai dan rundingan mengenainya sedang berlangsung.

Bercakap menjelang pertemuannya dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, Putin berkata Rusia mendukung prinsip yang menjadi asas penubuhan PBB dan berhasrat untuk berbuat demikian pada masa depan, lapor Agensi Anadolu menurut Bernama.

Beliau berkata rundingan dengan Ukraine di Istanbul pada Mac, merupakan satu pencapaian yang sangat penting.

“Tetapi malangnya, selepas mencapai persetujuan, selepas kami menyatakan hasrat untuk meneruskan rundingan di Bucha, kami berdepan provokasi yang tiada kaitan dengan tentera Rusia.

“Kami tahu siapa dalang terhadap provokasi ini, siapa yang melakukannya,” katanya.

Sikap Ukraine berubah secara drastik selepas insiden Bucha, tetapi rundingan masih diteruskan secara dalam talian dan Putin masih mengharapkan keputusan positif.

Sekurang-kurangnya 2,729 orang awam terbunuh dan 3,111 lagi cedera di Ukraine sejak Rusia melancarkan operasi ketenteraan pada 24 Feb, menurut PBB.

Angka sebenar dikhuatiri lebih tinggi.

Berita berkaitan
Mesyuarat PBB tergempar diadakan bincang krisis Palestin-Israel
October 9, 2023· Dunia
Samakan diri dengan Mandela, Sanusi kata ‘kepala lutut hang’ kepada Anwar
October 7, 2023· Politik
Wartawan tanya lain tapi PMX jawab benda lain, melilau bagi jawapan
October 4, 2023· Politik
Tun Maimun dedah gangguan terhadap badan kehakiman tahun lalu
January 9, 2023· Isu semasa
Popular
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok