Presiden Sri Lanka kini berada di Singapura selepas melarikan diri

July 15, 2022 · Dunia

Kementerian Luar Singapura (MFA) hari ini mengesahkan Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa dibenarkan masuk ke Singapura atas kapasiti lawatan peribadi.

“Beliau tidak meminta suaka mahupun diberikan suaka. Singapura secara amnya tidak meluluskan permintaan bagi mendapatkan suaka,” kata jurucakap MFA menjawab pertanyaan media, lapor Bernama.

Rajapaksa dilaporkan berlepas ke Singapura dari Maldives pada petang Khamis (14 Julai), selepas melarikan diri dari Sri Lanka.

Beliau tiba dengan penerbangan Saudia dan mendarat di lapangan terbang Changi pada 7.17 malam, lapor sebuah media tempatan.

Sri Lanka menghadapi kebuntuan politik akibat krisis ekonomi terburuk yang melanda negara itu sejak mencapai kemerdekaan pada 1948.

Dalam tunjuk perasaan antikerajaan yang memuncak pada Sabtu, aktivis di Colombo menguasai kediaman presiden dan perdana menteri, menuntut mereka meletak jawatan.

Rajapaksa, yang meninggalkan negara itu lewat Selasa, melantik Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe sebagai presiden sementara.

Wickremesinghe telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara dan perintah berkurung di Colombo.

Parlimen akan mengadakan pilihan raya presiden pada 20 Julai dan melantik kerajaan sementara yang akan berkuasa sehingga pilihan raya umum akan datang.

Berita berkaitan
Zahid sahkan pembantu Najib dipecat daripada UMNO
December 9, 2023· Politik
Atas permintaan akar umbi dan MPT, Muhyiddin akan tawar diri kekal sepenggal lagi
November 25, 2023· Politik
MPT Bersatu tolak keputusan Muhyiddin tak pertahankan jawatan Presiden
November 24, 2023· Politik
Saya maklumkan awal bagi memastikan proses peralihan berjalan baik: Muhyiddin
November 24, 2023· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok