Presiden AS gesa diplomasi tangani krisis Ukraine, ancam sekatan terhadap Rusia

February 16, 2022 · Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berkata pihaknya masih meneruskan rundingan diplomatik antara Rusia dan Barat mengenai Ukraine, serta Rusia bakal berdepan sekatan ketat jika memilih menyerang negara jirannya.

Biden berkata AS serta sekutu dan rakan kongsinya bersedia “terlibat dalam diplomasi dengan Rusia bagi meningkatkan kestabilan dan keselamatan di Eropah secara keseluruhan” namun, andai Rusia memilih menyerang Ukraine, Barat akan “bertindak balas dengan tegas, menurut laporan Bernama.

Beliau bersetuju dengan cadangan kerajaan Rusia meneruskan rundingan diplomatik dan perlu memberi ruang terhadap diplomasi untuk berjaya, katanya lapor Xinhua.

Menerusi panggilan telefon pada Sabtu, Biden memaklumkan Presiden Vladimir Putin bahawa AS bersedia untuk “terus menjalankan diplomasi peringkat tinggi” bagi merundingkan “persefahaman secara bertulis” dengan negara itu.

Presiden AS mendakwa negaranya telah “membentangkan idea kukuh untuk mewujudkan persekitaran aman di Eropah,” merujuk kepada dokumen bertulis yang diserahkan AS kepada Rusia bulan lepas bagi menangani kebimbangan keselamatan Moscow.

Menurut Kremlin, dokumen AS itu telah mengabaikan tuntutan utamanya yang mahu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) tidak menerima ahli baharu, Ukraine kerana boleh mewujudkan ancaman kepada negaranya.

Biden berkata, dalam sesi dialog akan datang dengan Rusia “AS tidak akan mengorbankan prinsip asas” bertujuan mewujudkan keselamatan bersama AS serta sekutu dan rakan kongsinya, penolakan secara tidak langsung terhadap tuntutan Rusia supaya Ukraine tidak dibenarkan menyertai NATO.

Sementara itu, Putin pada Selasa berkata Rusia bersedia berbincang dengan Barat mengenai “beberapa” isu melibatkan pengharaman peluru berpandu ke Eropah serta menyekat latihan ketenteraan di benua itu, tetapi perbincangan perlu diadakan “ia rumit kerana membabitkan pelbagai isu penting kedua-dua pihak.”

Beliau berkata jika Ukraine menjadi sebahagian anggota NATO, ia menjadi ancaman keselamatan utama Rusia.

Berita berkaitan
Kedutaan AS hantar tiga notis kepada Malaysia berhubung isu Palestine
October 31, 2023· Isu semasa
Ribuan rakyat berhimpun bersama pemimpin PN di depan kedutaan AS
October 28, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup pada paras RM4.73 berbanding dolar
October 17, 2023· Isu semasa
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023· Politik
Popular
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok