Pogba pula alih arak selepas Ronaldo ketepikan Coca Cola

June 16, 2021 · Dunia

Selepas Cristiano Ronaldo mengalihkan dua botol Coca-Cola yang diletakkan di hadapannya, Paul Pogba pula menjadi pemain bola sepak terbaharu yang mencetuskan perasaan kurang senang penaja Euro 2020 selepas pemain Perancis itu mengalihkan botol minuman keras Heineken yang diletak di hadapannya.

Pogba, pemain yang beragama Islam dan bintang Manchester United itu mengambil dan meletakkan botol minuman keras di atas lantai.

Tindakan itu dilakukan tatkala sidang media selepas Perancis menewaskan Jerman 1-0 pada aksi awal pagi tadi.

Heineken yang menjadi penaja rasmi Euro 2020 bersama Coca Cola bagaimanapun belum mengulas tindakan pemain itu.

Pada Isnin Ronaldo mengalihkan dua botol Coca-Cola yang diletakkan di hadapannya ketika sidang media pra perlawanan Portugal menentang Hungary.

Namun, pengeluar Coca Cola dalam kenyataan berkata sesiapa sahaja berhak memilih minuman kegemarannya. – Agensi

Berita berkaitan
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023· Politik
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
October 1, 2023· Isu semasa
Parti politik main isu judi, arak sebar Islamofobia di Malaysia: Hadi Awang
January 23, 2023· Politik
ADUN DAP kaitkan arak dengan solat biadab, tapi UMNO takut tegur
January 11, 2023· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok