Pesawat kargo mendarat cemas atas air

July 3, 2021 · Dunia

Juruterbang pesawat kargo yang melakukan pendaratan cemas di perairan Honolulu, Hawaii, awal pagi tadi memberitahu pusat kawalan trafik udara, salah satu enjin Boeing 737 mengalami masalah sebelum pesawat itu mula menjunam.

Menurut rakaman LiveATC juruterbang tersebut melaporkan masalah enjin dan cuba kembali ke Honolulu ketika mereka terpaksa mendaratkan pesawat itu di dalam air

Menurut maklumat awal, Pengawal Pantai A.S. menyelamatkan kedua-dua anak kapal. FAA dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional akan menyiasat, kata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dalam kenyataan hari ini.

Pesawat Boeing 737 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Daniel K Inouye Honolulu pada jam 1.33 pagi, menurut Flightradar 24.
Laman web pengesanan penerbangan itu menunjukkan beberapa minit selepas berlepas, pesawat itu yang dirujuk oleh FAA sebagai Transair 810, mula membuat pusingan ke kanan dan memberi isyarat ia menuju ke lapangan terbang berdekatan, Kalaeloa.

Juruterbang melaporkan mereka tidak dapat mengekalkan kelajuan udara dan ketinggian berikutan kegagalan salah satu daripada dua enjin pada Boeing 737-200, menurut rakaman LiveATC, dan mereka mengesyaki enjin kedua juga akan gagal.

“Kami kehilangan enjin nombor satu dan akan terus ke lapangan terbang. Kami akan kehilangan enjin kedua juga. Ia terlalu panas,” kata seorang kru penerbangan sambil meminta kebenaran pusat kawalan trafik.

Pesawat itu kemudian mendarat di atas air kira-kira dua batu nautika di selatan Kalaloa, kata pengawal pantai. – Agensi

Berita berkaitan
SPRM tahan empat individu bantu siasatan rasuah projek air Sarawak
October 11, 2023· Isu semasa
Gangguan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur ekoran pencemaran loji
October 10, 2023· Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023· Isu semasa
PH punca projek naik taraf bekalan air di Kedah tertangguh, kata MB
April 19, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok