Penularan varian Delta: Britain rekod 38,046 jangkitan baharu

August 28, 2021 · Dunia

Hanya dalam tempoh tujuh hari lalu, United Kingdom (UK) melaporkan jumlah jangkitan baharu Covid-19 paling tinggi sepanjang bulan ini, susulan penularan meluas varian Delta.

Negara itu merekodkan sebanyak 38,046 kes baharu Covid-19 pada Jumaat, turun sedikit berbanding 38,282 yang dilaporkan pada Khamis, namun menjadikan jumlah kumulatif dalam tempoh tujuh hari lalu sebanyak 239,237 kes, tertinggi sejak 20 hingga 26 Julai lalu.

Jumlah jangkitan baharu sejak lebih seminggu lalu adalah 9.1 peratus lebih tinggi daripada minggu sebelumnya.

Sementara itu Pejabat Perangkaan Britain (ONS) menganggarkan di England sahaja, satu dalam 70 penduduk dijangkiti pada minggu berakhir 20 Ogos, berbanding satu dalam 80 penduduk seminggu sebelumnya.

Jumlah kematian akibat jangkitan Covid-19 di Britain juga lebih rendah berbanding gelombang sebelum ini, susulan kadar inokulasi yang tinggi dalam kalangan penduduknya. Sehingga kini 78.0 peratus daripada individu berusia 16 tahun ke atas telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan.

Britain merekodkan 100 kematian pada Jumaat setelah 28 hari disahkan dijangkiti Covid-19, menjadikan keseluruhan sejak pandemik itu melanda negara berkenaan kepada 132,243 kes.

Pada 19 Julai lalu England menarik balik hampir kesemua perintah sekatan dan penutupan, namun majoriti kakitangan pejabat masih bertugas dari rumah, manakala sekatan keluar negara masih dikenakan.

Sementara itu, puluhan ribu penonton dijangka hadir memenuhi festival muzik akhir musim panas hujung minggu ini, dengan ujian negatif Covid-19 dan bukti vaksinasi menjadi tiket utama untuk masuk, bagi membendung jangkitan.

Acara berkembar di Reading dan Leeds akan menjadi dua peristiwa terbesar sejak kerajaan menghapus sekatan. Mengikut rekod, festival muzik di Reading pada 2019 menarik lebih 105,000 penonton.

Setiausaha Kebudayaan Oliver Dowden sebelum ini berkata penganjuran acara besar-besaran boleh diadakan dengan selamat tetapi semua pihak perlu berwaspada dalam keadaan sesak.

Namun, ramai pakar kesihatan tetap prihatin kerana kebinasaannya orang ramai gagal mengawal diri apabila terlalu gembira, dan keadaan itu boleh melonjakkan semula penularan Covid-19. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Singapura wajibkan dos penggalak pelengkap vaksinasi mulai 1 Januari
December 3, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok