Pengebom berani mati di Karachi bunuh tiga guru warga China

April 27, 2022 · Dunia

Seorang wanita yang disyaki pengebom berani mati membunuh tiga guru warga China di Karachi pada Selasa, kata polis dan pegawai keselamatan Pakistan.

Serangan tersebut adalah paling teruk pernah berlaku yang mensasarkan warga China bekerja di Pakistan.

Ketiga-tiga mangsa adalah antara penumpang bas mini yang sedang dalam perjalanan pulang ke Universiti Karachi selepas rehat makan tengah hari.

Bom meletup di pintu masuk Institut Confucius universiti itu, membunuh tiga warga China dan beberapa warga Pakistan, kata pihak polis dan seorang saksi yang juga pekerja universiti.

Kumpulan pemisah, Tentera Pembebasan Baloch (BLA) mengaku bertanggungjawab terhadap letupan itu dan mendedahkan serangan itu dilakukan oleh seorang wanita pengebom berani mati.

Ketua polis Karachi, Ghulam Nabi memberitahu pemberita letupan itu membunuh tiga warga asing dan seorang warga tempatan.

“Laporan yang kami dapat ialah mereka warga China,” katanya sambil menambah warga China itu adalah guru di Institut Confucius, sebuah pusat bahasa dan kebudayaan China.

Seorang pengawal tempatan dan seorang lagi warga China turut cedera dalam serangan bas mini itu.

Media tempatan menunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seorang wanita memakai beg galas berdiri dekat dengan bas sebelum bom meletup.

Polis belum mengesahkan rakaman itu.

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok