Penduduk mula tinggalkan New Orleans, Ida semakin hampir

August 29, 2021 · Dunia

Ribuan penduduk mula meninggalkan Louisiana, khususnya bandar terbesarnya New Orleans, tatkala Taufan Ida yang kini dikategorikan tahap 4 semakin menghampiri Teluk Mexico dengan kekuatan angin sehingga 209 kilometer sejam.

Gabenor John Bel Edwards memberi amaran taufan itu boleh menjadi yang terbesar dan terburuk dalam tempoh 150 tahun serta menggesa semua penduduk mengambil langkah berwaspada.

Taufan Ida diramal melanda Louisiana petang Ahad dengan ribut yang boleh mengancam nyawa. Ia boleh menjadi lebih kuat daripada Taufan Katrina yang membinasakan hampir seluruh New Orleans pada 2005 lalu.

Pihak berkuasa Mississippi, negeri bersempadan dengan Louisiana turut mengisytiharkan darurat, sementara Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berkata taufan itu akan berubah menjadi ribut paling berbahaya.

Pusat Taufan Nasional pula memberitahu pada jam 06:00 GMT Ahad, Taufan Ida berada kira-kira 105 batu di sebelah tenggara muara Sungai Mississippi dan bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 15 batu sejam.

Taufan Ida sebelum itu merosakkan sebahagian Cuba, meruntuhkan pokok dan meruntuhkan bumbung, sementara Jamaica mengalami hujan lebat. Tiada kematian dilaporkan di kedua-dua negara itu.

Hari ini adalah ulang tahun ke-16 Taufan Katrina, yang melanda New Orleans menyebabkan 80 peratus daripada bandar raya itu dinaiki air dan 1,800 nyawa terkorban.

Lebih 4,000 anggota tentera serta Pengawal Kebangsaan Louisiana kini digerakkan dan 5,000 lagi akan disiapkan ketika ribut melanda, kata Edwards.

Sementara itu, pihak berkuasa juga telah mengeluarkan arahan wajib kepada penduduk di luar kawasan terlindung di New Orleans dan bandar berpotensi di landa banjir seperti Grand Isle, supaya berpindah ke kawasan yang lebih selamat.

Ketua Polis Grand Isle, Scooter Resweber berkata semua penduduk sudah mula meninggalkan kediaman masing-masing.

“Semua orang tahu, ribut ini akan menjadi bencana terbesar,” tambahnya. – Agensi

Berita berkaitan
Kedutaan AS hantar tiga notis kepada Malaysia berhubung isu Palestine
October 31, 2023· Isu semasa
Ribuan rakyat berhimpun bersama pemimpin PN di depan kedutaan AS
October 28, 2023· Isu semasa
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023· Politik
Penyanyi rap dibayar AS$100 juta bantu Jho Low henti siasatan AS
April 21, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok