Peguam Bangladesh dituduh hina Nabi Muhammad

June 16, 2022 · Dunia

Seorang peguam warga Bangladesh dilaporkan menghina Nabi Muhammad SAW di media sosial pada Rabu, menambahkan lagi ketegangan sedia ada di seluruh negara itu.

Hantaran di Facebook itu tular di media sosial ketika negara Asia Selatan yang majoriti penduduknya beragama Islam itu berang terhadap kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW oleh dua pegawai Parti Bharatiya Janata (BJP) yang memerintah India, minggu lalu, lapor Agensi Anadolu, menurut Bernama.

Peguam lain yang mengadakan bantahan besar-besaran di Mahkamah Agung Bangladesh, tempat peguam itu bekerja, turut merosakkan pejabatnya.

Mereka turut mengadakan perhimpunan mendesak peguam itu segera dihukum, manakala Majlis Peguam Mahkamah Agung Bangladesh sudah pun menggantung keahlian peguam terbabit.

Satu kes sudah pun difailkan terhadap peguam terbabit di Balai Polis Shahbag, Dhaka pada malam Rabu.

“Kami sudah pun menerima kes yang diklasifikasikan sebagai diari aduan (GD) dan akan menyerahkan laporan itu kepada unit siber esok (Khamis) untuk siasatan,” kata pegawai bertugas, Moudud Hawlader kepada Anadolu.

Kenyataan peguam itu amat mengguris sentimen Islam dan menggugat keharmonian penduduk, menurut laporan polis itu.

Seorang peguam kanan Mahkamah Agung, Md Jashim Uddin, menegaskan, tindakan yang dibuat peguam itu amat tidak dijangka.

“Kami menuntut hukuman teladan supaya tiada lagi yang berani melakukan perbuatan keji menghina Nabi bagi memusnahkan keharmonian penduduk negara ini,” kata Uddin.

Sementara itu, parti Islam terbesar Bangladesh, Islami Andolan, mengumumkan ia akan mengadakan perarakan ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi India di Dhaka pada Khamis bagi menyerahkan memorandum menuntut supaya hukuman dijatuhkan ke atas dua pegawai parti itu.

Tunjuk perasaan besar-besaran turut diadakan di Bangladesh selepas solat Jumaat minggu lalu berhubung perkara itu.

Kerajaan India sebelum ini menyatakan, kenyataan yang dibuat pegawai parti itu – seorang daripadanya digantung keahlian manakala seorang lagi sudah pun dipecat – tidak menggambarkan pendirian sebenar parti.

Berita berkaitan
16 laporan polis sudah diterima berhubung penceramah hina institusi beraja
March 16, 2023· Isu semasa
Kerajaan tak jawab soalan syarikat mana dapat import telur: Wan Saiful
March 7, 2023· Isu semasa
Penerbit filem Mentega Terbang akan dipanggil JAWI, didakwa pesongkan umat Islam
March 2, 2023· Isu semasa
Hanya satu syarikat dibenarkan import telur dari India, kata Mat Sabu
March 1, 2023· Isu semasa
Popular
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Angka terbaharu korban gempa berkembar Turkiye, Syria lepasi 7,800
February 8, 2023
Lagi Dunia terkini
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023 · Dunia
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023 · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
14 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok