Pakar Indonesia yakin pelitup muka cegah gelombang ketiga

November 1, 2021 · Dunia

Pakar epidemiologi dari Universiti Gadjah Mada, Riris Andono Ahmad memohon semua pihak agar terus konsisten dengan peraturan pemakaian pelitup muka bagi mencegah penularan gelombang ketiga jangkitan Covid-19.

“Penularan Covid-19 di republik itu kini dalam keadaan terkawal. Jika dapat dikekalkan dan diamalkan dengan pematuhan masyarakat dalam pemakaian pelitup muka, risiko jangkitan gelombang ketiga akan dapat dikurangkan,” jelasnya semalam.

Menurut laporan portal antaranews.com, pakar epidemiologi itu turut memaklumkan risiko gelombang baharu sentiasa terdedah apabila mobiliti masyarakat meningkat.

“Pergerakan bermusim mungkin akan mempengaruhi peningkatan kes apabila cuti akhir tahun kerana ia merupakan faktor utama yang boleh meningkatkan risiko jangkitan kes Covid-19,” jelasnya.

Dengan itu, adalah perlu untuk mengurangkan risiko peningkatan penyebaran Covid-19 dengan strategi pencegahan yang konsisten merangkumi peraturan 3M (memakai pelitup muka, mencuci tangan dan penjarakan sosial, 3T (ujian, pengesanan, rawatan) dan vaksinasi.

Jelasnya, kunci utama bagi kejayaan kerajaan untuk mengekalkan keadaan semasa Covid-19 dengan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang risiko Covid-19, meningkatkan pematuhan peraturan kesihatan dan meningkatkan kadar vaksinasi Covid-19 di sesebuah negara.

Selain itu, kerajaan juga harus mengingatkan rakyat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dan berkerjasama dalam menghentikan penyebaran virus itu.

Sebelum ini, kes pertama Covid-19 di Indonesia dikesan pada Mac tahun lalu.

Sehingga semalam, menurut Agensi Mitigasi Bencana Negara (BNPB) terdapat sekurang-kurangnya 4.2 juta orang disahkan positif Covid-19 di republik itu, dengan hampir 4 juta sudah sembuh dan 143,405 orang terkorban akibat komplikasi jangkitan.

Sejak 13 Januari lalu, kerajaan Indonesia sudah melancarkan program vaksinasi di seluruh republik itu untuk menangani pandemik Covid-19.

Menurut data Kementerian Kesihatan Indonesia, sehingga semalam terdapat lebih 12 juta rakyatnya sudah menerima dos pertama vaksin dan 7.4 juta daripadanya sudah lengkap divaksin.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok