Omicron: Indonesia tambah tempoh masa kuarantin wajib

December 3, 2021 · Dunia

Kerajaan Republik Indonesia menambah tempoh kuarantin selama 10 hari bagi semua individu sama ada pelancong asing atau warganegaranya bagi menghalang penyebaran varian Omicron Covid-19.

Tempoh kuarantin yang diselaraskan juga disertakan dengan set protokol kesihatan baharu yang diharap dapat menyekat penyebaran virus itu, yang telah ditetapkan oleh pasukan petugas Covid-19.

Peraturan baharu itu berkuat kuasa hari ini, 3 Disember, dan kekal sehingga pengumuman selanjutnya dibuat.

Antara peraturan baharu itu, semua pengembara mesti:

1. Semasa ketibaan, pengembara antarabangsa dikehendaki melalui ujian RT-PCR dan dikehendaki menjalani kuarantin selama 10 hari;

2. Bagi warga asing dan keluarga mereka yang bertugas di Indonesia boleh menjalani kuarantin di kediaman masing-masing selama 10 hari; dan

3. Menjalani ujian saringan RT-PCR pada hari ke sembilan bagi mereka yang menjalani kuarantin 10 hari dan dan hari ke 13 bagi individu yang menjalani kuarantin 14 hari.

Sementara itu, Persatuan Penyelenggara Haji dan Umrah Indonesia meminta kerajaan republik itu melonggarkan peraturan kuarantin bagi jemaah umrah yang pulang ke Indonesia agar tidak membebankan mereka dari segi kewangan.

Pengerusinya Firman M Nur berkata pihaknya meminta supaya Pasukan Petugas Khas Covid-19 membenarkan jemaah yang pulang menjalani kuarantin di rumah kerana perjalanan mengerjakan umrah itu dipantau dengan rapi.

“Pilihan pertama adalah membenarkan jemaah menjalani kuarantin sendiri di rumah mereka di bawah pengawasan sosial daripada jiran atau keluarga.

“Pilihan kedua ialah membenarkan jemaah yang pulang dari Arab Saudi menjalani kuarantin selama beberapa hari, seperti tiga hari, dan kuarantin sendiri di rumah untuk baki tempoh kuarantin wajib,” katanya.

“Pilihan ketiga pula, kerajaan menyediakan kemudahan kuarantin percuma. Lagi pula mereka telah menunggu selama dua tahun untuk mengerjakan umrah. Apabila pulang kami tidak mahu mereka kecewa lagi,” kata Firman.

Menurutnya, pilihan itu telah mengambil kira pelbagai faktor, termasuk pemantauan ketat semasa perjalanan dan ujian PCR RT yang diambil sebelum berlepas dan setibanya di Indonesia. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok