NASA ke bulan semula selepas dihentikan sejak 1972

October 25, 2021 · Dunia

Selepas menghentikan misi pada 1972, Pusat Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) merancang memulakan semula penerokaan bulan mulai Februari tahun depan.

Untuk tujuan membuka laluan angkasawan menjejakkan kaki ke satelit bumi itu, NASA terlebih dahulu merancang memulakan misi penerokaan tanpa manusia mengelilingi bulan.

Agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (AS) berkata perancangan misi itu sudah berada pada peringkat akhir untuk menghantar kapsul Orion ke orbit, bagi mengelilingi bulan menggunakan roket mega Sistem Pelancaran Angkasa Lepas.

Pada minggu lalu, NASA mengumumkan bahawa kapsul Orion itu berjaya digabungkan dengan roket setinggi 98 meter itu.

Menurut NASA, misi Artemis 1 akan membuka jalan untuk ujian penerbangan dengan kru sebelum misi yang lebih mencabar dengan angkasawan berada di sekitar bulan.

Agensi itu akan memulakan siri ujian tersebut sehingga Februari merangkumi sistem komunikasi dan latihan pakaian bagi beberapa minggu sebelum misi pelancaran itu dilaksanakan.

NASA memaklumkan pihaknya akan menentukan tarikh yang sesuai sekiranya latihan pakaian itu berjaya dilakukan.

“Artemis 1 bakal menjadi asas penerokaan ruang angkasa serta menunjukkan komitmen dan kebolehan kita untuk memperluas kewujudan manusia ke bulan sebelum penerbangan pertama bersama kru terlibat di Artemis 2,” jelas agensi.

Hampir genap 52 tahun, sejak pertama kali program angkasa lepas NASA membawa manusia ke bulan, apabila misi Apollo 1 membawa angkasawan terkenal, Neil Amstrong. – Agensi

Berita berkaitan
Kedutaan AS hantar tiga notis kepada Malaysia berhubung isu Palestine
October 31, 2023· Isu semasa
Ribuan rakyat berhimpun bersama pemimpin PN di depan kedutaan AS
October 28, 2023· Isu semasa
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023· Politik
Penyanyi rap dibayar AS$100 juta bantu Jho Low henti siasatan AS
April 21, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok