Nagaenthran positif Covid-19, hukuman mati esok ditangguh

November 9, 2021 · Dunia

Mahkamah Rayuan Singapura menangguhkan hukuman mati yang sepatutnya dilaksanakan esok, ke atas seorang rakyat Malaysia kerana kesalahan mengedar dadah, setelah dia positif Covid-19.

Nagaenthran Dharmalingam, yang sudah meringkuk dalam penjara selama 11 tahun sebelum hukuman mati, dibawa ke kandang tertuduh bagi percubaan terakhir untuk menggugurkan hukuman mati terhadapnya.

Bagaimanapun, dia kemudian dibawa pergi dan seorang hakim memberitahu mahkamah bahawa Nagaenthran diuji positif Covid-19.

Hakim Andrew Phang, yang tampil bersama dua hakim lain, Judith Prakash dan Kannan Ramesh berkata, kejadian itu tidak dijangkakan.

Beliau berkata, mahkamah berpandangan hukuman mati tidak wajar untuk diteruskan setelah mengambil kira keadaan tersebut.

“Hukuman mati dijadualkan esok. Jika banduan dijangkiti Covid-19, kami berpendapat pelaksanaan hukuman itu tidak boleh dilakukan,” kata Phang.

Pihak pendakwa menyatakan ia baru sahaja diberitahu berhubung perkembangan itu dan perlu menerima arahan selanjutnya.

Phang menangguhkan perbicaraan ke satu tarikh yang belum ditetapkan dan mengeluarkan penangguhan terhadap hukuman mati sehingga prosiding dimuktamadkan.

Peguam M Ravi mengambil alih kes Nagaenthran, 33, pada saat-saat akhir menjelang hukuman matinya yang dijadualkan esok.

Permohonan yang dibuat peguam itu semalam adalah untuk semakan kehakiman kes atas alasan Nagaenthran yang dikatakan hilang keupayaan mental ditolak tetapi hakim membenarkan penangguhan sementara pelaksanaan hukuman mati itu sehingga selepas peguamnya merayu terhadap penolakan tersebut.

Kes itu berjalan pantas dan rayuan ditetapkan untuk didengar di mahkamah tertinggi negara pada petang ini, dengan bilik mahkamah yang penuh sesak termasuk kehadiran media asing dan aktivis tempatan.

Ravi dilihat memeluk seorang rakan peguam selepas penangguhan hukuman gantung diumumkan.

Butiran lanjut mengenai bila Nagaenthran diuji positif bagaimanapun tidak diberikan.

Nagaenthran dijatuhi hukuman mati pada 2010 kerana menyeludup 42.72 gram heroin ke Singapura pada 2009 dalam satu bungkusan yang diikat pada pahanya.

Dia gagal dalam rayuannya kepada Mahkamah Tinggi pada 2011, Mahkamah Agung pada 2019 dan petisyennya kepada presiden untuk mendapatkan pengampunan.

Kes itu menarik perhatian antarabangsa ketika hukuman mati Nagaenthran semakin hampir dengan hari hukuman itu dilaksanakan, dengan petisyen online terhadap hukuman mati itu menarik kira-kira 70,000 tandatangan serta liputan media antarabangsa.

Kumpulan hak asasi manusia dan pengasas Virgin Group, Richard Branson, turut menyentuh tentang isu tersebut. – Agensi

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023· Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023· Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok