Malaysia kutuk serangan puak Houthi terhadap Abu Dhabi

January 19, 2022 · Dunia

Malaysia pada Isnin mengutuk sekeras-kerasnya serangan Houthi dari Yaman yang menyasarkan kawasan dan kemudahan awam di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), sehingga mengakibatkan kematian dan kecederaan.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan hari ini berkata serangan itu adalah satu bentuk ancaman, dan mereka yang melancarkan serangan harus bertanggungjawab, menurut laporan Bernama.

“Malaysia menzahirkan simpati dan takziah kepada mereka yang terjejas akibat serangan itu. Malaysia menolak segala bentuk keganasan yang menjejaskan keamanan dan keselamatan serantau.

“Permusuhan dan keganasan akan memudaratkan kestabilan dan keamanan di rantau ini. Malaysia akan terus menyokong usaha mencari jalan penyelesaian secara aman dan damai terhadap konflik di Yaman,” tambah kenyataan itu.

Kumpulan pemberontak Houthi Yaman pada Isnin mengaku bertanggungjawab terhadap “operasi ketenteraan kualitatif” di UAE sebagai sebahagian daripada gabungan ketenteraan pimpinan Arab Saudi di Yaman.

Houthi mengeluarkan pengakuan itu sejurus selepas tiga lori tangki petroleum meletup dalam kebakaran berhampiran bangunan penyimpanan Syarikat Minyak Nasional Abu Dhabi (ADNOC) di daerah perindustrian Musaffah, ibu negara UAE, lapor agensi berita rasmi WAM, memetik pengumuman polis Abu Dhabi .

Kebakaran kecil turut berlaku di kawasan pembinaan baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi.

Siasatan awal mendapati kebakaran dan letupan mungkin berpunca daripada dron yang tidak dikenalpasti di kawasan itu, kata WAM.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Kolestrol saya tinggi, kata Rafizi selepas keluar wad
October 30, 2023· Politik
1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan, Pengerusi Pasukan Khas terkejut dengan tindakan
October 12, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok