Lima ditahan ganggu menteri wanita Pakistan di Masjid Nabawi

April 30, 2022 · Dunia

Polis menahan sekurang-kurangnya lima warga Pakistan kerana mencerca dan menghina Menteri Penerangan Marriyum Aurangzeb dan Menteri Kawalan Narkotik Shahzain Bugti di Masjid Nabawi di Madinah, Arab Saudi.

Tangkapan juga dibuat kerana menghina dan mencerca seorang wanita dan sahabatnya warganegara Pakistan, juga di halaman Masjid Nabawi.

Jurucakap polis Madinah berkata, suspek dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan selepas prosedur undang-undang selesai terhadap mereka.

Menurutnya tindakan mereka bercanggah dengan kesucian tempat itu dan memberi kesan kepada keselamatan pelawat dan jemaah.

Pada Khamis beberapa penunjuk perasaan, yang didakwa anggota parti PTI perdana menteri yang digulingkan Imran Khan, dengan lantang melaungkan slogan menentang Perdana Menteri Shehbaz Sharif dan anggota delegasinya.

Video tular dalam laman sosial menunjukkan individu yang mencerca delegasi Pakistan yang ketika itu melawat Masjid Nabawi.

Pengarah maklumat di kedutaan Arab Saudi di Islamabad mengesahkan beberapa warga Pakistan ditahan kerana melanggar kesucian Masjid Nabawi dan siasatan telah dimulakan berhubung perkara itu, menurut media tempatan.

Tambah pegawai itu lagi, individu berkenaan ditahan selepas mereka melanggar peraturan masjid. – Agensi

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok