Lebih 4.5 juta pekerja AS letak jawatan sepanjang November 2021

January 5, 2022 · Dunia

Kira-kira 4.5 juta rakyat Amerika Syarikat (AS) berhenti kerja secara sukarela sepanjang November 2021 – rekod tertinggi sejak pandemik melanda negara itu akhir 2019 lalu – menurut Biro Statistik Buruh AS.

Jumlah itu mendorong kadar berhenti kerja kepada 3 peratus, menyamai paras tertinggi dari September.

Kebanyakan pekerja yang bertindak demikian melibatkan industri perhotelan, yang setakat ini mencatat kadar berhenti kerja tertinggi iaitu 6.1 peratus pada November, serta mereka yang terbabit dalam sektor penjagaan kesihatan.

Bilangan individu yang berhenti kerja dalam sektor pengangkutan, pergudangan dan utiliti juga meningkat.

“Pekerja terus berhenti pada kadar yang bersejarah. Sektor yang bergaji rendah yang terjejas secara langsung oleh wabak Covid-19 terus menjadi punca peningkatan peratusan yang tinggi,” kata Pengarah Penyelidikan di Indeed Hiring Lab, Nick Bunker.

Persoalan besar bagi 2022 ialah sama ada keadaan itu akan berterusan.

Kadar berhenti kerja yang tinggi adalah simptom pasaran buruh di mana pekerja boleh dengan cepat mendapat pekerjaan baharu dengan potensi lebih baik.

Data November yang dikeluarkan pada Selasa belum mengambil kira penularan varian Omicron di wilayah pantai AS, yang mendorong jangkitan lebih tinggi dan meletakkan ramai pekerja berisiko dijangkiti virus di tempat kerja mereka.

Sebagai contoh, Pusat Buruh UCLA dalam laporan yang juga diterbitkan pada Selasa berkata hampir satu perempat pekerja sektor makanan segera di kawasan Los Angeles dijangkiti Covid sejak 18 bulan lalu.

“Tetapi kurang separuh daripada mereka telah dimaklumkan oleh majikan bahawa mereka berpotensi terdedah kepada virus itu,” lapor UCLA.

AS mempunyai kira-kira 10.6 juta pekerjaan untuk diisi pada November, turun sedikit berbanding lebih 11 juta peluang pekerjaan pada Oktober.

Jawatan dalam sektor kewangan dan insurans, serta Kerajaan Persekutuan, meningkat pada November.

“Orang yang berhenti kerana mendapat pekerjaan lain, bukannya meninggalkan terus kerja,” kata Ketua Ekonomi di Institut Dasar Ekonomi, Heidi Shierholz. – Agensi

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok