La Nina semakin hampiri timur Australia, amaran mula dikeluarkan

November 23, 2021 · Dunia

Biro Meteorologi Australia hari ini mengeluarkan amaran La Nina sedang berlaku di Pasifik, dan ribut kencang bakal melanda di kebanyakan kawasan di timur negara itu.

Menurut biro cuaca itu keadaan fenomena tersebut mungkin akan berlarutan sehingga awal musim luruh pada Mac 2022.

Sebahagian wilayah seperti di New South Wales (NSW), Queensland dan Victoria sudah pun mengalami hujan lebat serta banjir dan curahan hujan sejak Oktober lalu, meningkat lapan peratus melebihi paras normal.

Pagi tadi, kejadian taufan tropika pertama Siklon Paddy dilaporkan terjadi di luar pantai Pulau Krismas.

Selain itu, penduduk di seluruh wilayah Queensland dan NSW turut dinasihatkan untuk bersiap sedia menghadapi fenomena hujan lebat dan ribut kencang sepanjang musim panas.

Kali terakhir fenomena La Nina melanda Australia adalah antara musim panas pada 2010 dan 2012.

“Penunjuk atmosfera dan lautan utama El NiƱo-Southern Oscillation (ENSO) menunjukkan La Nina berlaku,” kata biro itu.

Biro itu memberi amaran berdasarkan suhu permukaan laut yang hampir dengan ambang La Nina di kawasan utama di wilayah tropika Pasifik, dengan model menunjukkan kemungkinan penyejukan selanjutnya.

Penunjuk yang mereka perhatikan termasuk jumlah pembentukan awan dan kekuatan tolakan angin.

“Tinjauan model semasa mencadangkan La Niaa akan berterusan sehingga akhir musim panas hemisfera selatan atau awal musim luruh 2022,” kata biro itu, sambil meramalkan ia akan mula hilang menjelang akhir Januari. – Agensi

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Najib sekali lagi nafi terlibat pembunuhan Altantuya, selepas pendedahan Sirul
November 26, 2023· Isu semasa
Puting beliung dan ribut melanda Kubang Pasu
October 29, 2023· Isu semasa
Warga Malaysia ditahan di Melbourne cuba seludup dadah 622 kg
October 13, 2023· Isu semasa
Popular
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok