Kes pertama varian UK direkodkan di Thailand

April 7, 2021 · Dunia

Satu kes tempatan pertama membabitkan varian B117 UK direkodkan di Thailand hari ini.

Kes pertama itu disahkan Pakar virologi dari Universiti Chulalongkorn Dr Yong Poovorawan yang menerangkan bahaya varian UK itu kerana boleh merebak 1.7 kali lebih cepat berbanding virus tanpa mutasi.

“Varian baharu itu dikesan di kluster Thonglo (tempat hiburan) membabitkan 24 pesakit,” katanya dipetik Bernama.

Menurut laporan, menteri kabinet dan ahli parlimen Thailand mula menjalani kuarantin kendiri selepas menjadi kontak rapat kes positif di Bangkok.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Saksayam Chidchob diuji positif COVID-19 hari ini.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul yang menghadiri upacara keagamaan di wilayah Buriram antara yang menjalani kuarantin di rumah.

Saksayam, antara penerima dos pertama vaksin COVID-19 bulan lalu, percaya beliau dijangkiti daripada seorang pegawai di pejabatnya. Kini beliau menjalani rawatan di Hospital Buriram. Saksayam dijadual menerima dos kedua hari ini.

Sejak 24 jam lalu, Thailand mencatatkan 334 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 29,905 dan 95 kematian setakat ini.

Terdahulu, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha mempengerusikan mesyuarat kabinet maya berikutan kebanyakan anggota kabinet menjalani kuarantin kendiri.

Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Apisamai Srirangsan berkata daripada 334 kes baharu, sejumlah 327 adalah penularan tempatan termasuk 174 melibatkan mereka yang mendapat rawatan di hospital dan 153 melalui pengesanan kes aktif. Tujuh kes import dilaporkan.

Katanya, Bangkok mencatatkan 216 kes baharu berkaitan dengan pusat hiburan.

Gelombang baharu wabak COVID-19 yang bermula pada Ahad kini merebak ke 27 wilayah.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok