Kapal udara China pecah rekod dunia

May 16, 2022 · Dunia

Kapal udara terapung (floating airship) Jimu No.1 (model III) yang dibangunkan China sepenuhnya berjaya berlepas dari pangkalan ekspedisi saintifik kapal udara terapung pada ketinggian 4,300 meter tepat pukul 1.26 awal pagi Ahad.

Pada 4.40 pagi, kapal itu sudah melepasi ketinggian 9,032 meter, iaitu lebih tinggi berbanding ketinggian Gunung Qomolangma (Everest) yang setinggi 8848.86 meter, lapor Bernama.

Dengan catatan itu ia sekali gus memperbaharui rekod pemerhatian sains atmosfera kapal udara terapung dunia.

Jurutera Kanan Institut Inovasi Maklumat Aeroangkasa Akademi Sains China, He Zeqing, berkata penerbangan kapal udara terapung setinggi itu adalah yang pertama bagi China dan di dunia.

“Data yang dikumpul kapal udara itu amat berharga untuk mengkaji kesan persekitaran ekologi di Dataran Tinggi Qinghai-Tibet terhadap gas rumah hijau dan perubahan iklim.

“Pada masa depan China akan menggabungkan model sistem Bumi dan kaedah analisis data raya untuk menganalisis sumber serta mekanisme penyingkiran gas rumah hijau di dataran itu, selain menyediakan asas saintifik untuk merealisasikan puncak karbon dan neutral karbon di China,” katanya.

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok