Kala jengking serang Mesir

November 16, 2021 · Dunia

Lebih 500 penduduk cedera selepas disengat kala jengking di Aswan, selatan Mesir, ketika ribut petir melanda wilayah itu, kata seorang pegawai Kementerian Kesihatan.

Serangan dan gigitan berlaku ketika haiwan itu, bersama ular, keluar dari tempat persembunyian biasa mereka akibat hujan lebat serta banjir dan terpaksa mencari tempat perlindungan, kata pakar.

Kesemua mereka yang cedera dimasukkan ke hospital dan sedang menerima rawatan, kata Ehab Hanafy, Setiausaha Kementerian Kesihatan Aswan, kepada akhbar Mesir Al-Ahram.

Kawasan Aswan biasanya menerima hujan sekitar 1 milimeter setahun, menjadikan ribut petir dan hujan batu pada hari Jumaat sebagai kejadian yang jarang berlaku.

Kala jengking berekor gemuk Mesir, yang biasanya tinggal di padang pasir, adalah antara haiwan paling mematikan di dunia. Tanpa rawatan, mereka yang disengat boleh maut dalam masa sejam.

Tiga anggota pasukan keselamatan Mesir terbunuh dalam banjir kilat yang paling teruk dalam tempoh 11 tahun, menurut Gabenor Aswan, Ashraf Attia.

Selain kejadian itu, keadaan cuaca buruk di bandar itu menyebabkan bekalan elektrik terputus, dan menyebabkan lampu jalan dan pokok tumbang di jalan. – Agensi

Berita berkaitan
41 maut, 45 cedera gereja terbakar
August 14, 2022· Dunia
Tayangan filem Dr. Strange diharamkan di Mesir, Arab Saudi
April 29, 2022· Dunia
Tiada rakyat Malaysia terbabit dua insiden di Mesir: Wisma Putra
April 14, 2022· Isu semasa
Wartawan kata Israk Mikraj ‘cerita penuh khayalan’ disiasat
February 21, 2022· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok