41 maut, 45 cedera gereja terbakar

August 14, 2022 · Dunia

Sekurang-kurangnya 41 orang terbunuh dan 45 lagi cedera ketika kebakaran berlaku di sebuah gereja di bandar Giza, Mesir pada Ahad (14 Ogos 2022).

Kebakaran, dipercayai berpunca daripada kerosakan elektrik, berlaku ketika hampir 5,000 orang berkumpul di gereja Coptic Abu Sifin di kawasan kejiranan Imbaba – di bandar bersebelahan Kaherah.

Kebakaran itu menghalang pintu masuk ke gereja, menyebabkan rempuhan, kata saksi sambil menambah bahawa kebanyakan yang terbunuh adalah kanak-kanak.

“Orang ramai berkumpul di tingkat tiga dan empat. Kami melihat asap keluar dari tingkat dua. Orang ramai bergegas menuruni tangga dan jatuh di atas satu sama lain,” kata Yasir Munir, yang turut hadir gereja itu.

“Kemudian kami terdengar bunyi dentuman dan percikan api serta api keluar dari tingkap,” katanya sambil menambah dia dan anak perempuannya berada di tingkat bawah dan dapat melarikan diri.

Kebakaran seperti ini bukanlah satu kejadian yang jarang berlaku di Mesir. Pada akhir 2020, kebakaran di hospital yang merawat pesakit Covid-19 membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang dan mencederakan beberapa yang lain.

Giza, bandar kedua terbesar di Mesir, terletak tepat di seberang Sungai Nil dari Kaherah.

Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi berkata dalam tweet:

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang tidak bersalah yang telah meninggal dunia untuk bersama Tuhan mereka di salah satu rumah ibadatnya.” – Agensi

Berita berkaitan
Feri terbakar di Filipina, 7 orang disahkan maut
May 23, 2022· Dunia
Tayangan filem Dr. Strange diharamkan di Mesir, Arab Saudi
April 29, 2022· Dunia
Malaysia-Mesir sedia eratkan semula hubungan dua hala
June 18, 2021· Isu semasa
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021· Dunia
Popular
Arab Saudi umum Mohammed Salman sebagai PM baharu
September 28, 2022
Wanita Iran potong rambut, bakar tudung protes kematian gadis
September 22, 2022
Hujan lebat, petir di India ragut 36 nyawa dalam tempoh 24 jam
September 25, 2022
AS beri amaran kepada Russia tak guna senjata nuklear di Ukraine
September 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Ancaman bom: F-16 iring pesawat Singapura, penumpang ditahan
5 minit lalu · Dunia
Arab Saudi umum Mohammed Salman sebagai PM baharu
6 jam lalu · Dunia
Permata gergasi Fortune Pink bernilai RM161 juta dilelong November
September 27, 2022 · Dunia
Kapal angkasa NASA hentam asteroid disiar secara langsung
September 27, 2022 · Dunia
Yusuf Qaradawi menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun
September 26, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
18 jam lalu
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok