Tayangan filem Dr. Strange diharamkan di Mesir, Arab Saudi

April 29, 2022 · Dunia

Mesir dan Arab Saudi antara beberapa negara Asia Barat yang mengumumkan pengharaman tayangan filem Dr. Strange in the Multiverse of Madness.

Tindakan pengharaman filem tersebut susulan terdapat babak kontroversi yang berunsurkan lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT).

Filem yang bakal ditayangkan beberapa hari sahaja di seluruh dunia itu bakal memperkenalkan watak America Chavez, yang merupakan simbol LGBT di dalam filem tersebut.

Penyelia Klasifikasi Filem di Arab Saudi, Nawaf Al-Sabhan mendedahkan pihaknya hanya mempunyai masalah dengan babak 12 saat dalam filem berkenaan yang merujuk kepada LGBT.

Babak 12 saat itu dikatakan mengandungi dialog yang memaparkan America Chavez bercakap tentang dua orang ibunya yang merupakan pasangan lesbian.

“Ia hanya satu adegan dia bercakap dengan kedua-dua ibunya. Ia adalah satu perkara yang sukar untuk diluluskan di negara Asia Barat,” katanya.

Nawaf berkata, pihaknya sudah meminta Disney untuk memotong babak 12 saat tersebut, tetapi Disney berdegil supaya babak itu dikekalkan dalam tayangan.

Pihak Imax Egypt pula mengumumkan perkara tersebut sejak 23 April lalu, sehingga membuatkan peminat setia Marvel di negara itu kecewa termasuk ada yang merayu agar filem itu tidak diharamkan kerana satu ‘babak kecil’.

Sebelum ini, filem The Eternals turut menerima nasib serupa di beberapa negara Asia Barat dengan sebab sama iaitu mempunyai watak yang memperjuangkan agenda LGBT.

Doctor Strange in the Multiverse of Madness kekal ditayangkan di Malaysia seawal 4 Mei depan.

Berita berkaitan
Kerajaan Arab Saudi belum balas permohonan Malaysia tambah kuota haji: TH
May 15, 2023· Isu semasa
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
March 28, 2023· Politik
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
March 26, 2023· Isu semasa
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023· Isu semasa
Popular
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023
Bekas Putera Mahkota rancang huru-harakan Jordan
April 5, 2021
China guna ubat tradisional rawat Covid-19 di Shanghai
April 7, 2022
Lagi Dunia terkini
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023 · Dunia
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023 · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
13 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok