
Tiub ujian berlabel 'virus cacar monyet positif dan negatif' dalam imej yang dirakam pada 23 Mei 2022. - Gambar Reuters
Panel pakar Kementerian Kesihatan Jepun pada Jumaat meluluskan penggunaan vaksin cacar keluaran KM Biologic Co yang berpangkalan di Kumamoto untuk mencegah penyakit cacar monyet.
Vaksin cacar didapati mempunyai kadar keberkesanan kira-kira 85 peratus untuk mencegah cacar monyet, lapor Jiji Press, menurut Bernama.
KM Biologics ialah unit di bawah syarikat makanan dan farmaseutikal Jepun, Meiji Holdings Co.
Kementerian itu telah memberi vaksin berkenaan kepada 50 pekerja perubatan di Pusat Kesihatan dan Kebangsaan dan Perubatan Global untuk tujuan penyelidikan.
Setakat Rabu lebih 18,000 orang di 78 negara telah dijangkiti virus itu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).