Isu Laut China Selatan: Manila gugur ‘bom-F’ ke atas Beijing

May 4, 2021 · Dunia

Hubungan Manila dan Beijing kembali tegang selepas diplomat kanan Filipina menggugurkan ‘bom-F’ tatkala menuntut kapal China beredar dari Beting Scarborough di wilayah dipertikai di Laut China Selatan.

Setiausaha Luar Filipina Teodoro Locsin Jnr melepaskan kemarahannya secara halus menerusi laman Twitternya hari ini dengan menggelar China sebagai ‘orang bodoh’ dan mengeluarkan kata-kata ‘f*** out’ ketika menuntut kapal China keluar dari wilayah maritim negara itu.

Amaran keras itu dikeluarkan tatkala laporan menyebut pengawal pantai China menganggu rakan sejawat dari Filipina di kawasan sekitar beting berkenaan.

Beting Scarborough terletak 220 kilometer di timur Pulau Lizon dan di dalam lingkungan Zon Ekonomi Eksklusif Filipina, tetapi berada di dalam garisan yang digunakan oleh China untuk menuntut 90 peratus daripada keluasan Laut China Selatan.

Kenyataan kasar Locsin itu adalah rentetan perang mulut yang tercetus sejak Mac lalu apabila puluhan ‘kapal nelayan’ China berlabuh di Terumbu Whitsun yang juga dituntut oleh kedua-dua negara.

Manila berkata Beijing tidak ada hak untuk melaksanakan undang-undang di wilayah itu dan kehadiran kapal-kapal China adalah pelanggaran secara terang-terangan ke atas kedaulatan Filipina.

Locsin dalam kenyataannya berkata:

“China, rakan saya, bagaimana saya boleh mengatakannya dengan sopan? Nanti saya lihat … get the f*** out. Apa yang anda lakukan terhadap persahabatan kita?”.

Seperti Presiden Filipina Rodrigo Duterte, Locsin juga terkenal dengan penggunaan bahasa kasar di depan umum. – Agensi

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok