Iraq jalankan pilihan raya kali kelima

October 10, 2021 · Dunia

Pusat pengundian bagi pilihan raya umum Iraq mula dibuka pada Ahad dengan langkah keselamatan yang ketat, lapor Agensi Anadolu.

Laporan Bernama berkata pengundi perlu menjalani pemeriksaan dan tidak dibenarkan membawa telefon bimbit masuk ke dalam pusat mengundi.

Perdana Menteri Mustafa al-Kadhimi dilaporkan mengundi di pusat mengundi di Zon Hijau.

“Saya mahu menjadi pengundi pertama yang mengundi,” katanya sambil menyeru pengundi berdaftar turut menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Pusat pengundian akan ditutup 6 petang dan Suruhanjaya Pilihan Raya Iraq dijangka mengumumkan keputusan dalam tempoh 24 jam.

Pilihan raya kali ini menyaksikan 3,249 calon bertanding untuk merebut di 329 kerusi parlimen dan membabitkan 877 pemerhati asing.

Menurut Suruhanjaya pilihan raya daripada 40 juta penduduk Iraq seramai 24 juta layak mengundi.

Pilihan raya itu adalah yang ke-5 diadakan di Iraq sejak bekas Presiden Saddam Hussein digulingkan pada 2003.

Berita berkaitan
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023· Politik
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023· Isu semasa
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023· Politik
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023· Politik
Popular
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok