Indonesia akan ‘selamatkan’ kapal selam tenggelam

April 30, 2021 · Dunia

Indonesia memberi komitmen untuk ‘menyelamatkan’ kapal selam yang tenggelam di pesisir Pulau Bali 21 April lalu, ketika saudara-mara menabur bunga ke laut untuk memberi penghormatan kepada 53 anak kapal yang terkorban dalam bencana itu.

Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia (TNI-AL) bagaimanapun belum mengesahkan sama ada mereka akan berusaha mengangkat KRI Nanggala 402 dari dasar laut, setelah ia terlihat pecah menjadi tiga bahagian.

TNI-AL menyatakan mereka sedang menunggu kehadiran dua kapal, termasuk kapal yang dihantar oleh China, yang dilengkapi peralatan penyelamatan laut dalam.

Panglima TNI-AL, Yudo Margono berkata, magnet berkuasa tinggi dan belon udara adalah antara pilihan yang mungkin digunakan untuk mengangkat kapal selam yang dipercayai turut retak.

“Sukar untuk membincangkan masa tertentu, tetapi saya dapat mengatakan bahawa sebaik sahaja bantuan tiba, kita akan memulainya,” katanya kepada wartawan.

Krew kapal selam dipercayai masih berada di dalam kapal, tetapi harapan untuk mencari mangsa yang terselamat sudah berakhir, kata Margono.

Sebuah kenderaan penyelamat bawah laut yang dibekalkan oleh negara jiran Singapura memberi pengesahan visual bahawa kapal selam buatan Jerman itu terletak pada kedalaman lebih daripada 800 meter (2.600 kaki) dalam.

KRI Nanggala 402, yang hilang ketika melakukan latihan torpedo di utara Laut Bali, dibina untuk menahan tekanan kedalaman hingga 500 meter.

KRI Nanggala 402 yang membawa 53 kru, dilaporkan terputus hubungan jam 4.25 pagi 21 April lalu ketika dalam misi latihan penembakan torpedo, yang turut disertai 21 kapal TNI yang lain bersama lima pesawat tempur serta satu lagi kapal selam yang lain. – Agensi

Berita berkaitan
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023· Isu semasa
Ebit Liew lapor polis, dakwa jadi mangsa fitnah libatkan seorang wanita Indonesia
September 18, 2023· Isu semasa
Bekas ahli politik PKR dikaitkan dengan kes dera pembantu rumah
September 5, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok