Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati

December 30, 2021 · Dunia

Seorang pekerja pembersihan di Zoo Naples di Florida, Amerika Syarikat (AS) cedera parah digigit harimau Malaya pada Rabu, setelah dia masuki kawasan larangan dan sehingga ke dalam kandang haiwan itu, kata pihak berkuasa.

Timbalan sheriff yang tiba terpaksa menendang pintu kandang dan cuba melepaskan tangan lelaki itu dari mulut harimau, namun gagal, sehingga terpaksa melepaskan tembakan, kata Pejabat Sheriff Daerah Collier.

Pihak Zoo Naples memberitahu harimau diberi nama Eko berusia lapan tahun yang dibawa dari Zoo Woodland Park di Seattle pada Disember 2019, telah mati.

Lelaki itu, yang berusia dalam lingkungan 20-an, dibawa ke hospital oleh perkhidmatan perubatan kecemasan daerah Collier, kata pejabat sheriff.

Jurucakap Hospital Lee Memorial di Fort Myers, Florida, mengesahkan mereka sedang merawat pesakit yang digigit harimau tetapi enggan memberikan sebarang maklumat.

Pejabat sheriff berkata lelaki itu, yang bekerja dengan sebuah syarikat perkhidmatan pembersihan yang diupah oleh zoo, telah memasuki “kawasan larangan” berhampiran kandang harimau selepas zoo ditutup, dan kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang.

Syarikat pembersihan bertanggungjawab membersihkan tandas dan kedai cenderamata, bukan kandang haiwan, kata pejabat sheriff.

“Maklumat awal menunjukkan bahawa lelaki itu sama ada membelai atau memberi makan haiwan itu, kedua-duanya adalah aktiviti yang tidak dibenarkan dan berbahaya,” kata pejabat sherif.

Memetik laporan awal, pejabat itu berkata harimau itu menggigit lengan lelaki terbabit dan menariknya ke dalam kandang selepas lelaki itu melintasi penghadang berpagar dan memasukkan tangannya melalui pagar kandang.

Pihak zoo enggan mengulas selain berkongsi kenyataan daripada pejabat sheriff.

Harimau Malaya diklasifikasikan sebagai sangat terancam dalam Senarai Merah Spesies Terancam Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi.

Kurang daripada 200 haiwan itu dilaporkan kekal di alam liar, turun berbanding 3,000 pada tahun 1950-an, menurut Dana Hidupan Liar Dunia.

Mengikut rekod, Harimau Malaya atau nama saintifiknya Panthera tigris malayensis atau Panthera tigris jacksoni, juga dikenali sebagai Harimau Belang adalah subspesies harimau yang hanya didapati di Semenanjung Malaysia.

Harimau ini disahkan sebagai sub-spesies berasingan dari sub-spesies Harimau Indochina (Panthera tigris corbetti) melalui ujian genetik dan pada tahun 2004. – Agensi

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
Anwar sahkan akan hadir ke sidang APEC walaupun digesa boikot
November 7, 2023· Isu semasa
PAS anjur perhimpunan hujung minggu ini tak larang laungan takbir: Laporan
October 23, 2023· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok