Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu

June 22, 2023 · Dunia

Gunung Berapi Semeru di Indonesia meletus pada Rabu, memuntahkan kepulan abu sehingga 600 meter ke udara dari atas kawah.

Kepulan abu itu berwarna kelabu dengan intensiti tebal ke utara, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bahaya Geologi negara, PVMBG, menurut laporan Bernama.

Pada 7.58 pagi waktu tempatan, PVMBG merekodkan letusan pada seismograf. Ia mencatatkan amplitud maksimum 22 milimeter selama 105 saat.

Penduduk di kawasan sekitar digesa mengelak radius lima kilometer (km) di sekitar gunung itu dan sebarang aktiviti di bahagian tenggara Besuk Kobokan yang terletak 13 km dari puncak.

Pada Disember tahun lepas, pihak berkuasa memindahkan hampir 2,000 orang yang tinggal berhampiran Semeru selepas gunung berapi itu memuntahkan abu sejauh 15 kilometer.

Letusan pada 4 Disember 2021, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh, 104 cedera dan lima yang lain masih hilang.

Ancaman gunung setinggi 3,676 meter itu masih dalam status berjaga-jaga .

Berita berkaitan
Letusan gunung berapi lumpur di Tabin bukan kali pertama
September 19, 2022· Isu semasa
Gunung berapi Filipina meletus lagi
June 12, 2022· Dunia
Letusan Anak Krakatau: Penduduk diarah waspada tsunami malam
April 26, 2022· Dunia
Berapa besar letusan gunung berapi dasar laut Tonga?
January 22, 2022· Dunia
Popular
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok