Letusan Anak Krakatau: Penduduk diarah waspada tsunami malam

April 26, 2022 · Dunia

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia, (BMKG) mengeluarkan amaran kemungkinan berlaku tsunami dalam masa terdekat, susulan letusan gunung berapi aktif Anak Krakatau.

Ketua BMKG Dwikorita Karnawati meminta penduduk yang tinggal di pantai selatan Jawa dan Sumatera supaya peka dengan pembentukan ombak tsunami, terutama pada waktu malam.

Amaran ini dikeluarkan susulan status aktiviti Anak Krakatau dinaikkan daripada langkah berjaga-jaga Tahap Dua kepada waspada Tahap Tiga, katanya.

“Kehadiran ombak tsunami sukar untuk dikesan atau disedari pada waktu malam. Oleh itu, saya minta agar penduduk di kawasan terlibat untuk sentiasa berjaga-jaga,” katanya.

Beliau berkata BMKG bersama Pusat Vulkanologi Tebatan Bahaya Geologi (PVMBG) akan terus memantau paras laut dari semasa ke semasa.

Pemangku Ketua Pusat Penerangan dan Komunikasi Bencana Badan Pengurusan Bencana Negara (BNPB), Abdul Muhari berharap orang ramai sentiasa memberi perhatian kepada maklumat pelbagai institusi berhubung keadaan terkini Gunung Anak Krakatau.

“Keadaan yang membawa kepada situasi bencana yang berpotensi pasti akan dimaklumkan.

“Jadi, kita harap orang ramai memberi perhatian kepada pengumuman yang dibuat oleh agensi kerajaan dan tidak terpengaruh dengan isu tidak bertanggungjawab,” katanya.

Aktiviti letusan lahar panas Gunung Anak Krakatau dilaporkan semakin aktif sejak hujung minggu lalu.

Ketua Agensi Geologi, Eko Budi berkata, terdapat perubahan ketara dalam letusan gunung berapi itu.

Bagaimanapun, Ketua Kajian Vulkanologi Indonesia (PVMBG), Hendra Gunawan memberi jaminan keadaan itu tidak mengganggu aliran mudik lebaran minggu hadapan. – Agensi

Berita berkaitan
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
Amaran tsunami dikeluarkan agensi cuaca Jepun susulan gempa
October 9, 2023· Dunia
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023· Isu semasa
Ebit Liew lapor polis, dakwa jadi mangsa fitnah libatkan seorang wanita Indonesia
September 18, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok