Berapa besar letusan gunung berapi dasar laut Tonga?

January 22, 2022 · Dunia

Letusan gunung berapi dasar laut Hunga Tonga-Hunga Ha’apai di Tonga mungkin salah satu yang terbesar direkodkan dengan terperinci.

Letupan itu boleh dilihat dari angkasa, dengan imej kepulan abu yang besar menjadi tular pada hari-hari berikutnya. Tetapi betapa besarkah ianya?

Gunung berapi itu meletus dengan bunyi ledakan yang memekakkan telinga pada 15 Januari 2022, mencetuskan tsunami maut, dengan abunya menyelubungi pulau-pulau, dan memutuskan hubungan komunikasi 105,000 penduduk Tonga.

Peristiwa itu telah dirakam dengan terperinci dan menakjubkan oleh satelit termasuk satelit NOAA GOES-West.

Memecahkan peringkat letusan kepada selang masa membolehkan kita merancang pengembangan bahan yang sangat besar yang dipanggil oleh ahli gunung berapi sebagai “awan payung”.

Sekitar masa letusan awal, awan berukuran 38 km (24 batu) lebar ditujah ke atmosfera. Diameternya sudah berukuran hampir dua kali ganda panjang Manhattan, New York. Sejam kemudian, ia kelihatan berukuran sekitar 650 km lebar, termasuk gelombang kejutan di sekeliling tepianya.

Skala awan payung adalah setanding dengan letusan Pinatubo di Filipina pada 1991 dan merupakan salah satu yang terbesar dalam era satelit, menurut ahli gunung berapi Michigan Tech, Simon Carn dalam catatan blog NASA.

Menurut agensi berita Reuters, imej satelit kejadian itu menunjukkan kebanyakannya lautan dengan pulau-pulau Tonga dan Fiji hampir tidak dapat dilihat. Mengukur saiz sebenar letusan adalah sukar apabila berada di bahagian terpencil di Pasifik Selatan.

Bagaimanapun, agensi berita itu mengambil awan payung gunung berapi itu dan meletakkannya di atas daratan dan pantai yang terkenal untuk mengetahui betapa besarnya letusan itu.

Reuters membuat perbandingan pada diameter 650 km, awan itu akan mengaburi sebahagian besar Britain dan pantai timur Ireland. Saiznya hampir sama dengan tanah besar Sepanyol.

Jika dibandingkan dengan bahagian Amerika Syarikat (AS), ia akan meliputi sebahagian besar Florida atau sebahagian California dari San Francisco ke Los Angeles.

Jika kita membandingkan skala letusan dengan Asia Tenggara, ia akan meliputi Kemboja dan sebahagian daripada Laos, Vietnam, serta Thailand, atau meliputi hampir seluruh Korea Utara dan Selatan.

Jika kita meletakkan skala letusan di atas kawasan Gunung Sinai di Mesir, ia akan meliputi Israel, melimpah ke Jordan dan Laut Mediterranean. Ia juga cukup besar untuk mengaburkan Horn of Africa.

Saintis masih menentukan Indeks Letusan Gunung Berapi (VEI), ukuran dari 1 hingga 8 yang meneliti ledakan letusan. Pinatubo, yang dianggap serupa dengan letusan Hunga Tonga-Hunga Haʻapai, mendapat 6 pada indeks VEI.

Pinatubo menghasilkan gumpalan letusan gas dan abu yang naik 40 km ke atmosfera, manakala data awal letusan Tonga ialah sekurang-kurangnya 20 km tinggi, kata Raymod Cas, ahli gunung berapi di Universiti Monash di Australia.

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan, Pengerusi Pasukan Khas terkejut dengan tindakan
October 12, 2023· Isu semasa
Norway sudah maklumkan PDRM berhubung penahanan warga Malaysia
September 14, 2023· Isu semasa
Ekonomi negara berkembang paling perlahan sejak 2021, hanya 2.9% pada suku kedua
August 18, 2023· Isu semasa
Popular
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
66 maut pesawat terhempas di Nepal
January 15, 2023
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok