Gunung berapi Filipina meletus lagi

June 12, 2022 · Dunia

Gunung berapi yang terletak kira-kira 600 kilometer (km) ke tenggara ibu negara Filipina memuntahkan debu pada Ahad pagi, seminggu selepas kejadian sama berlaku yang memaksa pihak berkuasa meningkatkan paras amaran kepada tahap satu dan memindahkan penduduk.

Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina memaklumkan pihaknya mengesan satu lagi letusan melibatkan gunung berapi Bulusan di wilayah Sorsogon pada 3.37 pagi Ahad, lapor Xinhua, menurut Bernama.

“Letusan itu berlaku selama 18 minit berdasarkan rekod seismik, tetapi tidak kelihatan dalam monitor kamera,” menurut institut itu.

Pada 5 Jun, pihak berkuasa telah memindahkan lebih 200 penduduk yang tinggal berhampiran selepas ia mengeluarkan kepulan asap setinggi satu km.

Tahap amaran gunung berapi itu kekal satu pada skala lima, bermakna gunung berapi itu masih “berbahaya.”

Institut itu menggesa orang ramai supaya menjauhi “zon bahaya” sepanjang empat km dan menasihatkan juruterbang supaya tidak melakukan penerbangan dekat dengan puncak gunung berapi.

Gunung berapi Bulusan merupakan satu daripada gunung berapi paling aktif di Filipina.

Pada Januari 2018, gunung berapi itu memuntahkan abu setinggi kira-kira 2.5 km.

Berita berkaitan
Filipina digegar gempa bumi magnitud 6
March 7, 2023· Dunia
Universiti di Filipina digegarkan insiden tembakan
July 24, 2022· Dunia
Feri terbakar di Filipina, 7 orang disahkan maut
May 23, 2022· Dunia
Pilihan raya Filipina dicemari insiden tembakan, tiga maut
May 9, 2022· Dunia
Popular
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Lagi Dunia terkini
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
14 jam lalu · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Menuduh tanpa bukti tak adil, rakyat akan sedar penipuan Anwar
20 minit lalu
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok