Gunung berapi Anak Krakatau di Indonesia meletus, muntahkan abu besar

April 25, 2022 · Dunia

Gunung berapi lagenda, Anak Krakatau yang terkenal di Indonesia meletus pada Ahad dan memuntahkan abu gunung berapi setinggi kira-kira 3,000 meter (9,800 kaki) ke langit.

Gunung Anak Krakatau mengeluarkan abu tebal di antara selat yang memisahkan pulau Jawa dan Sumatera, ia memaksa pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk berhampiran untuk memakai pelitup muka untuk melindungi diri.

“Kami masih merekodkan letusan berterusan dengan awan tebal menjulang tinggi antara 500 hingga 3,000 meter dari puncak,” kata Deny Mardiono dari Agensi Geologi Indonesia dipetik laporan AFP.

Gunung Anak Krakatau meletus sekurang-kurangnya 21 kali sejak beberapa minggu kebelakangan ini tetapi letusan pada Ahad adalah yang terbesar, kata Mardiono.

Pihak berkuasa mengarahkan orang ramai keluar dari zon selamat sepanjang dua kilometer di sekitar gunung berapi itu, yang kini dikategorikan pada tahap dua sistem amaran gunung berapi di Indonesia.

“Orang ramai termasuk pelancong harus mematuhi saranan Agensi Geologi yang melarang sesiapa berada dalam radius dua kilometer dari kawah,” tambahnya.

Untuk rekod, kali terakhir gunung Anak Krakatau meletus pada 2018 dan mengakibatkan ombak tsunami yang mengorbankan 429 orang dan menyebabkan ribuan orang kehilangan tempat tinggal.

Indonesia, sebuah negara kepulauan Asia Tenggara, terletak di Lingkaran Api Pasifik di mana pertemuan plat benua menyebabkan aktiviti gunung berapi dan seismik yang tinggi.

Indonesia mempunyai hampir 130 gunung berapi aktif.

Berita berkaitan
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023· Isu semasa
Ebit Liew lapor polis, dakwa jadi mangsa fitnah libatkan seorang wanita Indonesia
September 18, 2023· Isu semasa
Bekas ahli politik PKR dikaitkan dengan kes dera pembantu rumah
September 5, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok