Facebook rancang tukar nama, lapor laman sesawang The Verge

October 20, 2021 · Dunia

Gergasi media sosial, Facebook Inc, merancang melakukan penjenamaan semula syarikat itu termasuk menukar namanya yang memberi tumpuan kepada metaverse, lapor laman sesawang teknologi milik Vox Media, The Verge.

Pertukaran nama itu dijangka diumum minggu depan, kata The Verge memetik sumber yang mengetahui berkenaan perubahan itu.

Langkah berkenaan dilihat sebagai usaha meletakkan FB di bawah sebuah syarikat induk yang turut mengawasi jenama seperti Instagram dan WhatsApp, menurut laporan itu.

Sebelum ini, Google menerima pakai struktur sedemikian ketika disusun semula menjadi syarikat induk bernama Alphabet pada tahun 2015.

FB bagaimanapun menjelaskan mereka tidak mahu memberi sebarang komen terhadap khabar angin dan spekulasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Mark Zuckerberg merancang untuk membincangkan perubahan nama pada persidangan tahunan syarikat itu pada 28 Oktober, tetapi ia akan diumumkan lebih awal, lapor Verge.

Metaverse merujuk kepada persekitaran perkongsian dunia maya yang dapat diakses melalui internet. Istilah ini boleh merujuk kepada ruang digital, yang direka supaya kelihatan lebih hidup dengan penggunaan realiti maya atau realiti tambahan.

Sejak Julai lalu, Zuckerberg dilaporkan kerap bercakap mengenai metaverse, sementara syarikat itu juga banyak melabur dalam realiti maya, dan membangunkan perkakasan seperti alat mendengar Oculus VR. – Agensi

Berita berkaitan
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024· Isu semasa
Ditipu pelaburan tak wujud, juruaudit rugi RM1.48 juta
October 12, 2023· Isu semasa
Status FB Mahfuz jadi bahan orang ramai selepas kalah sekali lagi
August 21, 2023· Politik
Kes penceramah pro-PH hina Sultan Selangor, mahkamah tolak permohonan Wan Ji
August 14, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok