Era Netanyahu berakhir, Naftali Bennett dilantik PM Israel

June 14, 2021 · Dunia

Hari ini berakhir era pemerintahan 12 tahun Benjamin Netanyahu sebagai Perdana Menteri rejim Zionis selepas Parlimen Israel meluluskan pembentukan kerajaan gabungan diketuai pemimpin nasionalis berhaluan kanan Naftali Bennett.

Serentak itu Bennett yang mengetuai parti ultra nasionalis yang menguasai enam daripada 120 kerusi Knesset, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang baharu selepas Parlimen Israel menyokong kerajaan gabungannya dengan undi tipis 60 – 59.

Bennett akan mengetuai gabungan lapan parti yang turut disertai wakil Palestin rakyat Israel.

Menerusi perjanjian penggiliran, Bennett akan menjadi Perdana Menteri selama dua tahun, dan kemudian diganti oleh pemimpin pertengahan Yair Lapid

Salah satu rancangan besar kerajaan baharu itu antara lain menghindari pelaksanaan dasar ke atas rakyat Palestin di wilayah yang diduduki secara haram.

Namun, tanpa ada prospek untuk meneruskan rundingan damai yang saksama, rakyat Palestin menganggap tiada apa-apa yang berubah dalam pentadbiran rejim Israel sambil mengatakan kemungkinan Bennett akan meneruskan agenda sama seperti dilakukan Netanyahu.

Apa lagi umum mengetahui Bennett, 49, terkenal dengan sikap kerasnya terhadap rakyat Palestin, malah dia berulang kali menyatakan penolakan terhadap idea untuk mewujudkan sebuah negara Palestin yang merdeka.

Dia juga sebelum ini lebih kerap mendesak rejim Israel supaya merampas seluruh Tebing Barat yang ditawan ketika perang 1967.

Penganalisis politik kanan Al Jazeera, Marwan Bishara, menggambarkan peristiwa itu sebagai ‘perseteruan keluarga’, dengan mengatakan bahawa tidak ada perbezaan ideologi antara perdana menteri lama dan baharu.

“Mereka pada dasarnya tergolong dalam keluarga Zionis sayap kanan yang sama. Perbezaan antara mereka adalah hal peribadi, pendendam,” katanya merujuk kepada Netanyahu dan Bennett.

Netanyahu, ahli politik Israel yang paling dominan daripada generasinya, gagal membentuk kerajaan setelah pilihan raya Israel pada 23 Mac lalu, yang keempat dalam tempoh dua tahun.

Bagaimanapun ahli politik berusia 71 tahun itu kekal mengetuai parti terbesar di Parlimen dan dijangka memberi tekanan kuat kepada kerajaan baharu Bennett.

Malah, Netanyahu boleh kembali berkuasa sekiranya hanya satu sahaja Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan baharu Bennett berpaling tadah. – Agensi

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Popular
Tempoh kuarantin Covid-19 di Jerman hanya 5 hari
May 4, 2022
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023
Lagi Dunia terkini
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok