Dunia mesti tahu apakah negara pengganas Israel, kata Erdogan

May 22, 2021 · Dunia

Ankara akan terus memberitahu dunia bagaimana peta Palestin berubah sejak rejim pengganas Israel melakukan penjajahan di wilayah berkenaan, kata Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.

“Seluruh dunia mesti tahu mengenai apakah negara pengganas Israel ini,” katanya pada pembukaan lebuh raya baharu Marmara Utara di Istanbul, hari ini.

Mengetengahkan sidang Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada Khamis, beliau menyifatkannya sebagai satu kejayaan apabila kebanyakan negara berdiri teguh mengenai isu Palestin.

“Mereka bercakap mengenai bagaimana Palestin dijajah oleh negara pengganas Israel sejak 1947, dan ditukar menjadi sebidang tanah yang kecil sekarang,” katanya.

Erdogan berkata, semua individu yang ditindas di seluruh dunia sedang menunggu hari ketika mana ‘Turki yang kuat akan muncul’.

Terdahulu, gencatan senjata dicapai oleh rejim Israel dan Hamas, setelah kedua-dua pihak bertempur selama 11 hari yang menyaksikan lebih 232 rakyat Palestin, termasuk 66 kanak-kanak dan 39 wanita, terbunuh manakala lebih 1,500 lagi cedera sejak 10 Mei lalu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula melaporkan sekurang-kurangnya 75,000 rakyat Palestin hilang tempat tinggal susulan serangan berterusan rejim pengganas Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Ketegangan tercetus susulan tindakan ganas dan agresif askar serta polis rejim itu di wilayah diduduki secara haram di Baitulmaqdis Timur, di mana ratusan rakyat Palestin digempur oleh pasukan keselamatan dan pendatang haram Yahudi di Masjid Al-Aqsa dan penempatan Sheikh Jarrah, pada 10 Mei lalu.

Ketegangan merebak dari Baitulmaqdis Timur ke Semenanjung Gaza selepas pejuang Palestin berikrar akan membalas serangan Israel sekiranya tidak dihentikan. – Agensi

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Popular
Singapura wajibkan dos penggalak pelengkap vaksinasi mulai 1 Januari
December 3, 2021
Lagi Dunia terkini
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok