Dos penggalak tingkat perlindungan terhadap kesan varian Omicron

January 28, 2022 · Dunia

Dos penggalak vaksin Covid-19 meningkatkan perlindungan daripada kematian yang disebabkan komplikasi varian Omicron sehingga 95 peratus bagi individu berumur 50 tahun dan ke atas, kata Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA), hari ini.

Menurut agensi itu, kira-kira enam bulan setelah pengambilan dos kedua mana-mana vaksin Covid-19, perlindungan daripada kematian disebabkan Omicron adalah sekitar 60 peratus bagi individu 50 tahun ke atas.

Bagaimanapun, ini meningkat kepada sekitar 95 peratus dua minggu selepas menerima dos penggalak.

UKHSA menambah bahawa data terus menunjukkan tahap perlindungan yang tinggi terhadap kemasukan ke hospital susulan pengambilan dos penggalak.

Keberkesanan terhadap kemasukan ke hospital adalah sekitar 90 peratus untuk suntikan Pfizer-BioNTech, menurun kepada 75 peratus, 10 hingga 14 minggu setelah suntikan dos penggalak.

Bagi Moderna, keberkesanan terhadap kemasukan ke hospital adalah 90 hingga 95 peratus, sembilan minggu selepas dos penggalak.

“Buktinya jelas – vaksin membantu melindungi kita daripada kesan Covid-19 dan dos penggalak menawarkan tahap perlindungan yang tinggi daripada kemasukan ke hospital serta kematian kepada kumpulan yang paling terdedah dalam masyarakat kita,” kata Ketua Unit Imunisasi UKHSA, Dr Mary Ramsay.

UKHSA juga mengeluarkan analisis awal keberkesanan vaksin terhadap subvarian Omicron iaitu BA.2, yang menular di Britain dan Denmark, dengan tahap perlindungan yang sama terhadap penyakit bergejala.

“Selepas dua dos, keberkesanan masing-masing adalah sembilan peratus dan 13 peratus untuk BA.1 dan BA.2, selepas lebih 25 minggu,” kata UKHSA.

“Ini meningkat kepada 63 peratus untuk BA.1 dan 70 peratus untuk BA.2 daripada dua minggu selepas suntikan dos penggalak.” – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok